
Minggu lepas merupakan minggu yang paling rajin untuk aku layan movie dekat TGV & GSC. Aku rasa dah lama tak berkunjung ke panggung MBO, mungkin diorang dah mula merindui aku. Hohoho!
Lima hari berturut-turur tengok movie memang kerja gila. Kalau tengok dekat rumah layan Astro First tu lain cerita la kan. One shot daripada hari Isnin sampailah hari Jumaat.
Isnin, layan Unknown dekat TGV Jusco Seremban 2 dengan kawan aku sorang. Selasa, dapat invitation dari Advertlets layan The Eagle free screening dekat GSC Tropicana City Mall, tengok dengan ehem2 and kawan aku sorang.
Rabu tengok cerita yang aku dambakan, nasib baik sempat! I Am Number Four memang puas hati! Khamis pulak tengok …. Dalam Botol dengan supergirl dekat Wangsawalk Mall, sangat-sangat mengecewakan! Last sekali Jumaat layan Sucker Punch yang agak memeningkan kepala otak aku..
Hari-hari tengok movie sampai tak sempat nak review. Lotih laaaaa!!! Hehehee… Ada masa aku review ok, tapi takut dah habis plak dekat panggung. Korang beli DVD je la ok!
10 Responses