
Setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masin-masing. Malah semakin lama, semakin besar dan pelbagai tanggungjawab yang harus kita pikul. Ada tangungjawab yang wajib dilakukan pada atas kertas dan ada juga tanggungjawab yang kita tidak perlu bersetuju.
Walaupun kita tidak bersetuju tapi tanggungjawab tu sebenarnya yang menentukan nilai-nilai murni kita dalam diri ni. Nampak saja macam kecil tapi kesannya begitu besar sekali berbanding tanggungjawab di atas kertas.
Tapi bagi orang bujang seperti aku ni, mungkin susah untuk bertanggungjawab sebaik mungkin. Ada juga yang tak ambil port langsung pasal tanggungjawab masing-masing, hanya pentingkan diri sendiri.

Jadi untuk melatih diri aku untuk lebih bertanggungjawab, aku cuba untuk menanggung semua bil yang ada dalam rumah aku. Aku rasa ini mampu meningkatkan sensitiviti aku terhadap apa yang diperlukan keluarga kecil aku ni.
Jadi ini rasanya dapat mengurangkan beban yang ada dalam rumah tu dan sedikit sebanyak akan selesakan sedikit keluarga. Bagi yang kerap berdolak dalik dengan tanggungjawab yang bukan di atas kertas, aku rasa korang bayar bil pun dah jadi la kan? Sikit-sikit..
Janganlah tak ambil port langsung, daripada sekarang ni lah kena. Nanti dah habis belajar macam-macam pulak yang nak kena bayar. Nanti semua nak beli, macam-macam hutang nak kena bayar. Jadi bertindaklah daripada sekarang!


9 Responses