Aku jarang beli kasut, dan boleh kata aku dah lama tak beli kasut baru. Aku pun dah lupa bila aku last sekali beli kasut, tapi yang penting aku beli kasut tu masa Hari Raya Aidilfitri tahun 2009 rasanya. Lamo kan? Hohoho!

Macam mana boleh mula nak beli kasut baru ni lepas kawan aku Nuar, bakar line cakap kasut yang dekat atas ni lawa. Dia bakar line baik punya sampai aku tanya dekat akak tu nak beli kasut biru gelap atas tu yg ade stripe swoosh warna kelabu tu and orange.

Malangnya, saiz untuk aku dah takde. Kasut warna hitam hijau tu pun tinggal satu je saiz yang ada. So nampaknya kena cari dekat KL.

Mula-mula cari dekat Pavilion, masuk Stadium ada yang warna hijau hitam tu je dan saiz pun takde! Memang nice kan? Cari dekat butik Nike langsung haram jadah takde. Mungkin design tu dah lama sangat, stok dah takde.

Lepas tu aku dengan Epol pergi cari dekat KLCC. Kasut biru gelap tu takde dah tinggal yang warna hijau hitam tu dan yang terbaik sekali saiz takde yang ada hanya saiz 10. Memang tak dapt laa nak pakai kan. Kaki McDonald boleh la pakai..

Selepas dipancing dan digoda oleh akak promoter yang rapat dengan Epol ni, aku termakan jugak dengan membeli Nike Air Vengeance Plus ni. Walaupun berdukacita tak dapat beli kasut yang aku inginkan, aku redha dengan kasut yang aku dah beli ni.

Related Posts with Thumbnails