Menarik tak title post aku kali ni? Hoho.. Kalau tak menarik sorry la. Tapi kali ni memang aku nak cakap sikit mengenai kelebihan SEO. SEO adalah nama famousnya tapi nama panjangnya adalah Search Engine Optimization. Korang tahu kan search engine/enjin carian seperti pakcik Google, Yahoo, MSN, Lycos dan macam-macam lagi. Jadi SEO ini bermaksud lebih kepada mesra enjin carian. Tuntasnya (dah lama tak pakai perkataan ni), jikalau blog korang ni mesra enjin carian maka korang memang akan mendapat sejumlah trafik yang agak tinggi daripada carian-carian manusia di seluruh dunia ni yang menggunakan mana-mana search engine. Pakar-pakar blogging cakap trafik yang datang ni adalah organic traffic. Yela kan, semula jadi. Kita tak paksa siapa-siapa datang pun dekat blog kita, tapi diorang datang disebabkan content yang ada dekat blog kita ni bertepatan dengan maklumat yang diorang mereka cari seperti Linda Jasmin,Linda Jasmine,gambar seksi linda jasmine,linda jasmin nak berkahwin dan sebagainya. Baca lagi, jangan berhenti.

Itu semua dipanggil keyword ataupun kata kunci yang sering digunakan oleh mamat-mamat yang ketagihan dengan Linda Jasmine. Hohoho.. Mintak-mintak Que Haidar tak marah dengan ayat-ayat aku ni.Hoho.. Untuk pengetahuan korang, untuk menguatkan keyword yang ada pada blog aku ni aku hanya menggunakan plugin All In One SEO yang mana memang sudah ramai menggunakannya. Tapi tak tahulah samada diorang menggunakan sebaik-baiknya ataupun tidak. Kalau tidak, diorang sememangnya rugi. Yang tak pakai plugin All In One SEO lagilah rugi!

Sejak dua menjak ni blog aku telah dicurahi dengan ramai pengunjung yang dahagakan maklumat berkaitan Linda Jasmine dan ianya agak memberangsangkan kerana hampir 60% peratus penunjung blog aku datang daripada keyword Linda Jasmine. Hohoho.. Diorang ingat blog aku ni rumah Linda Jasmine ke. Hehehe.. Bagi yang menggunakan All In One SEO, aku menggalakkan korang menggunakan long tail keyword kerana keyword yang pendek tu sudah semestinya akan terselit dalam long tail keyword tu. Betul tak? Haha.. Ok, untuk pengetahuan korang lagi aku hanya ada dua post mengenai Linda Jasmine ni :

Bawah ni result traffic daripada keyword Linda Jasmine yang taklah banyak :

P/S : Jangan lupa pakai plugin All In One SEO

Related Posts with Thumbnails