
Damnito! Aku rasa dah lama gila kot aku tak pergi jalan jauh2 makan angin dekat negeri orang. Haha.. Bertahun-tahun dah rasanya aku terperap dekat area KL-N9 je. Dulu masa zaman sekolah selalu la pergi ronda-ronda ikut program sekolah. Naik bas ramai2 best poit! Penang destinasi yang aku tuju minggu lepas dengan budak2 ni. Nak pergi ambik barang2 member aku budak UITM Penang. Hensem dow dia. Wahaha! Korang teka la yang mana satu kat gambar atas tu. Kitorang pergi berempat je naik kereta dia.
Akibat agak teruja nak pergi jalan jauh2 sampai Penang naik kereta, aku pergila beli macam2 before nak bertolak tu. Budak2 ni boleh pulak nak cakap aku ni terover teruja. Haha.. Korang paham tak? Terover teruja
Hohoh.. Aku beli korang jugak yang makan bai. Kompom lapar gila kot dalam kereta. Dalam tu mana ada fridge sebagai sumber air dan tenaga. Hoho..
Aku rasa masa malam tu, singgah dekat setiap R&R sepanjang perjalanan daripada Seremban ke Pulau Pinang merupakan satu aktiviti buang tabiat yang agak mencabar. Waktu tidur aku dalam kereta kerap terganggu sebab asyik kena bangun balik nak pergi lepak dekat R&R merupakan satu pengalaman mengerikan dan tak dapat aku lupakan. Haha.. Kalau nak cari awek, jangan cari awek dekat R&R macam kami. Ahah! Sebab takde sorang pun awek yang akan berkeadaan segar bugar, moggel2 pada waktu tengah2 malam->pagi macam tu di R&R. Misi kami 70% tak berjaya

Ni pintu masuk R&R yang paling cun di Highway Utara-Selatan. Lupa kat mana dow.
Aku rasa kalau nak bukak kedai makan or apa2 kedai dekat R&R bukan satu idea yang bagus untuk seorang peniaga. Itu bagi aku la, sebab takdelah ramai mana yang akan singgah dekat R&R tu. Mungkin ramai yang singgah tapi dekat situ ade macam2 kedai lain lagi. Persaingan pun agak tinggi dan pelanggan pun takdelah makan besar mana. So kalau nak berniaga dekat situ mungkin cuma jual benda kunyah2 biasa je la. Tak payah jual makanan yang berat-berat sangat. Jual buah-buahan pun baik gak sebab maybe ada yang nak beli buah tangan kan.
Malam tu kitorang memang banyak gila makan and minum. Aku rasa kalau pergi toilet nak kencing, nak bagi lawas mungkin ambil masa 10 minit kot. Wakakaka! Minum2 dekat R&R lebih baik daripada makan2. Tak sodap langsung makanan eyh. Tawar hebeyh nenek aku cakap. Kalau nenek aku jadi supervisor dekat R&R tu, maybe dah kena marah diorang tu masak nak taknak je. Hohoho! Aku rasa perjalanan malam tu macam perjalanan nak pergi London naik flight dah. Bapak punya lama. Sampai dekat Penang dalam 8 pagi esoknya aku rasa. Haha.. Bertolak malam tu pukul 12 lebih kalau tak silap. Lamo gilo! Lagi lama daripada budak2 kaki joran lepak dekat sungai. Terima kasih kepada Gen2 Merah Jampau. Usyar lagi ada banyak gambar hensem2, seksi2, mantap2.

Roar! Im a hungry tame cute lion! *ERROR*

Rasanya macam tuttttttt…

Ketiak kami berlecak dan bau kami hamis

Serious.. Dah mandi..
P/S : Don’t try what we had done. Totally dangerous




7 Responses