
Sebelum tu, jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham Aminulrashid yang meninggal dunia akibat maut ditembak Polis. Kematian Aminulrashid memang kontroversi dan sangat menyayat hati semua pihak. Sekarang dekat internet pun sudah banyak versi jalan cerita bagaimana semuanya berlaku. Aku pun tak pasti yang mana satu yang betul.
Sekarang ni ramai pihak yang telah berbalah dan menjadikan isu ni kontorversi. Tapi kena jga-jaga sebab memang akan ada pihak yang ambil kesempatan ni untuk menghuru-harakan rakyat dan kerajaan. Pihak tu salahkan pihak ni, pihak ni salahkan pihak seberang pulak. Macam-macam lah! Semuanya nak menyalahkan orang lain.
Pada pendapat aku, semua orang bersalah! Cubalah mengaku yang masing-masing ada salah. Aku bukan nak salahkan sesiapa tapi memang aku rasa semua orang ada salah dalam kes ni. Walaupun sekecik mana pun tetap ada salah. Betul tak? Orang awam pun bersalah jugak. Kenapa nak pergi kejar kereta Aminulrashid ni ramai-ramai?
Tapi apa-apa hal pun, kes ni harus dibicarakan seadil-adilnya. Aku sangat simpati dengan apa yang ditimpa arwah pada usia yang muda. Lepas dibicarakan, pihak yang bersalah harus dihukum! Pihak Polis pun harus bekerjasama dalam hal ni. Harap semuanya ok. Oh! Lagi satu, yang keparat tu jangan nak gunakan isu ni untuk naikkan semangat politik korang. Sekadar memperguna-gunakan kes menyayat hati ni untuk kepentingan parti baik tak payah. Lang ti yau!
23 Responses