Konsep Blogging Perlu Berubah

blogging

Pada tahun 2012 ni memang menunjukkan semakin ramai yang sudah menceburi minat terhadap blogging. Macam-macam jenis blog yang sudah wujud sekarang dan ada yang mempunyai lebih daripada satu blog. Mungkin kebanyakan mereka sudah buka mata dan nampak peluang yang ada terhadap hobi blogging ni.

Namun pada zaman awal-awalan kemunculan kelompok blogger dahulu kebanyakan mereka bermula daripada atas dasar minat dari dalam diri. Aku sendiri pun pada mulanya berminat untuk mendalami seni blogging ni sebab pada awalnya aku ingin belajar membina laman web di mana pada ketika itu aku tahu ini antara skills yang aku perlukan untuk menjadi orang berduit pada masa depan.

Dalam masa yang sama aku menjadi lebih seronok dan mempelajari banyak lagi perkara yang menarik mengenai internet. Jadi daripada minat itu aku pelajari mengenai internet marketing @ pemasaran internet dan aku kongsikan kepada yang sudi membaca blog aku. Apa yang aku pelajari, aku eksperimenkan pada blog aku sendiri.

blogging

Tokey Custom Baju 1 Malaysia ni bukan seorang blogger

Namun apa yang kelihatan sekarang ini, ramai yang menjadi blogger lebih besar niatnya disebabkan untuk buat duit. Minat nya terhadap blogging tidak begitu dalam pada diri tapi lebih dalam kepada pendekatan pendapatan sampingan sebagai seorang blogger. Blog sememangnya  medium terbaik untuk menjadi senjata pemasaran seorang usahawan kerana ianya pantas dan mengurangkan kos.

Jika mereka yang sekarang ini bersungguh-sungguh blogging atas dasar duit, maka aku rasa impian nak jadi jutawan dengan sebuah blog peribadi tidak akan kesampaian. Mungkin boleh tapi entah bila-bila. Sekarang ni pun aku tengok dan kesian ramai yang macam kecewa dengan blogging sebab ada beberapa syarikat yang ambil kesempatan terhadap blogger. Bayarannya alahai ciput dan ada juga yang tidak menerima bayaran.

Nasihat aku ini mungkin boleh diambil pusing. Mungkin berbeza dengan nasihat aku pada zaman awal-awal blogging dahulu tapi sekarang semuanya sudah berubah. Jadi terimalah :

  • Blog peribadi perlu lain daripada blogger yang lain, dan korang kena cari kelainan tu. Jangan kerap sangat update berita-berita yang boleh dibaca dan ditengok di web lain. Kalau nak, kena olah lebih dalam dengan ayat sendiri.
  • Jangan hiraukan pasal trafik untuk blog peribadi, jika keunikan itu ada maka ramailah follower yang akan setia.
  • Buat lebih daripada 1 blog dan kembangkan sayap blog tersebut ke peringkat antarabangsa, maksudnya blog versi English.
  • Bina perniagaan sendiri sama ada menjual produk fizikal, digital mahupun produk jenis servis. Kemudian promosikan menggunakan blog  dan aku yakin perniagaan tu pasti berjaya jika adanya istiqamah.

17 thoughts on “Konsep Blogging Perlu Berubah

  1. cairill

    thanks for tips.. topik berblogging mmg menarik minat saya, saya sendiri ada beberapa blog… kebanyakkan untuk tujuan adsense, affiliate dgn amazon… mmg banyak ilmu2 baru yg boleh study kat internet.. tu satu part yg menarik, sekarang tgh cari bahan untuk buat blog berisi informasi pulak.. cuma nak buat blog peribadi je takde plan lg

    Reply
  2. azmi

    mmg btl apa yg dikongsikan……klu kta tgk skrg org semua rata2 mmg dh ada blog sndri…..dh sdh tentu blog itu digunakan utk tujuan perniagaan.

    Reply
  3. Mohd Isa

    nice, aku tgk blogger skg sibuk nak cari duit. kualiti blog tah apa2. so sad, dlu aku start blogging bknlah minat sbnrnya. sekadar ingin menghilangkan rasa tekanan dalam diri. kemudian ada pembaca dari kalangan blogger juga, memuji dan menaikkan semangat aku. dari itu timbullah minat yang mendalam untuk menulis blog sehingga membuatkan aku membeli domain dahulu sebelum ke self hosting dan menggunakan wordpress. semakin lama semakin seronok menulis blog, tekanan mampu diserap. bab duit taruk tepi dahulu, memang boleh kaya dengan blog. itu tidak dinafikan, tapi biarlah bermula dengan minat untuk blogging dengan ikhlas. bina blog yang mantap, kemudian baru berfikir untuk bertukar menjadikan ia duit. setuju tak? hehe
    Mohd Isa´s last blog post ..Hobi melepaskan tekanan?

    Reply
  4. Afiffuddin

    Blog sekarang bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Banyak faktor yang menyebabkan pertumbuhan mendadak. Antara faktor yg aku sedar adalah sejak kewujudan Facebook Page yang mampu menarik traffic ke blog. Ada blog yang sekadar copy paste semata-mata. Banyak yang post artikel berdasarkan berita hangat harian atau mingguan, bila dah tak hangat dan suam maka tiada orang lagi baca artikel tersebut. Sebaiknya cari tajuk artikel blog yang menjadi ‘pencarian bulanan’, maka tak teruk sangat update blog sebab memang pengguna internet sentiasa cari, kemudian buat bacaan terlebih dahulu sebelum buat artikel blog untuk mendapatkan idea, akhir sekali barulah tulis menggunakan ayat dan kefahaman sendiri, baru unik dan pembaca suka bahkan dapat menambah maklumat sendiri. Itu kalau blog umumlah. Untuk blog peribadi bagi aku adalah perkongsian pengalaman samada sendiri atau orang lain tentang apa yang kita tahu dan rasa. Sambil-sambil tu selitkanlah bisnes anda tu, yang tu kena kreatif dan inovatiflah. Pandangan aku saja… 🙂
    Afiffuddin´s last blog post ..Bisnes Topup

    Reply
  5. Muhammad Faiz

    Alhamdulillah…memang banyak manfaatnya jugak blogger nih di samping dapat berkongsi pendapat kita boleh jga menjana pendapatan melaluinya……tapi jangan lah ber blog sampai lupa nak melakukan perkara yang wajib…takpa kita berblog berjadual…so kita boleh seimbangkan blog dan kehidupan seharian jadi masa yang ada kita guna dengan sebaiknya…^^
    Muhammad Faiz´s last blog post ..5 Keys to Raise Good Kids

    Reply
  6. master slave

    konsep berblogging ini adalah kita menulis tentang perkara-perkara yang ingin kita kongsikan kepada pembaca. Jadi isu soal mencari duit itu menjadi soal no 2. kepuasan berblogging adalah menulis. ada orang fikir dengan buat blog cara senang nak dapat duit. memang silaplah. memang ada yang dah untung dlam dunia blog ini. tapi dengan hasil usaha yang gigih. bukan duk goyang kaki.
    master slave´s last blog post ..Tips Cara Mendapatkan Backlinks Berkualiti

    Reply
  7. yusri

    Saya setuju dgn pendapat tuan. Sesebuah blog itu mestilah unik dan ada kelainan barulah orang minat nk berkunjung lagi dan seterusnya dapat menjana pendapatan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge