Pagi tadi ataupun dalam bahasa skema jam dan waktu, pagi semalam, aku dijemput untuk turut hadir ke press screening movie yang bakal muncul dekat panggung 16 April, hari Jumaat depan. Thanks kepada Advertlets and Rebecca kerana jemput aku untuk menjadi antara yang pertama tengok movie, KICK ASS!

Bagi korang yang faham dengan maksud Kick Ass, mesti rasa tajuk filem ni agak kasar tapia da jugak sesetengah yang faham anggap tajuk movie ni sangat lawak and menarik. Muahaha! Aku tergolong dalam kumpulan yang cakap tajuk movie ni lawak dan menarik!

Aku yang lewat daripada Seremban sempat masuk ke panggung no.10 GSC Midvalley duduk sebelah Sham Hardy and Brendan. Tak sempat duduk lagi, mulut aku dah mula aktif untuk ketawa. Wakaka! Movie ni mengisahkan seorang budak yang agak loser pada mulanya, sangat bersemangat untuk menjadi seorang superhero walaupun dia takde kuasa supernatural. Oh! Nama dia Dave.

Bila dia dah berubah menjadi Kick Ass, dia jadi sangat terkenal dan banyak nasib-nasib baik datang dekat dia. Dia rasa dia dah mula ada kehidupan seorang superhero. Hahaha! Sampailah dia boleh rapat dengan sorang awek pujaan dia ni, walaupun awek tu anggap dia ni homoseksual! Wakaka! Asal dapat duduk rapat borak-borak jadi la.

Kemudian banyak konflik timbul bila dia tersilap langkah dengan kacau kegiatan geng-geng kepada ayah Red Mist. Red Mist berpura-pura baik dengan Kick Ass sebab dia nak perangkap Kick Ass ni. Dalam proses Kick Ass diperbodoh-bodohkan Red Mist dan geng bapak dia, datanglah bapak mertua aku Big Daddy dan kekasih hati aku Hit Girl. Muuuahhhx!! Wakakaka!

Kenapa Big Daddy and Hit Girl tolong Kick Ass? Apa kaitan di antara pihak polis, ayah Red Mist dan Big Daddy? Korang nak tahu nama ayah Red Mist? Itu semua korang kena tengok dekat movie nanti. Sangat-sangat berbaloi untuk kaki komik, comedy dan action! Movie Kick Ass dah boleh korang tonton 16 April ni ok!

Aku berani bagi rating 9/10 untuk movie ni. Jalan cerita yang menarik untuk satu movie yang agak kelakar. Paling aku suka bila Hit Girl tunjuk skills dia membunuh, guna pistol and bermain pisau. Fuhhhh! Macam tengok cerita matrix dow. Aku rasa lagi hebat cara dia berlawan daripada Batman. Hohohoh!

Kalaulah aku berpeluang nak melamar Hit Girl ni jadi awek and bini aku. Walaupun dia masih muda lagi, aku sanggup tunggu sampai dia akil baligh nanti. Ahah! Nanti boleh dia ajar aku macam mana nak main pisau and baling pisau macam baling dart. Perghhh! Serious tak rugi kalau korang tengok!

P/S: Aku rasa popcorn GSC Midvalley makin lama makin sedapla!

Related Posts with Thumbnails