Sejak dua menjak ni aku memang selalu minum air barli. Baik pagi, petang, malam ataupun tengah malam. Tapi selalunya time makan dekat luar la kan. Ermm, memang sentiasa makan dekat luar pun. Ahah! Entah bilakan masanya akan hadir untuk memakan nasi goreng bersama telur mata itik kerbau buatan sendiri di rumah. Kena beli barangan dapur dulu, tong gas pun berdeting-deting bunyinya apabila diketuk. Tandanya kosong.. Air barli merupakan air yang paling best dan murah bagi aku. Manis dan sejuk saja apabila diminum. Sesiapa yang minum pasti akan berasa segar bugar bak bunga morning glory di depan rumah Pak Ahmad. Setiap kali minum, masing-masing akan berikan pendapat tentang kebaikan minum air barli ni. Ade yang cakap nak bagi power batin. Korang pun nak tahu jugak kan?

Kebaikan minum air barli :

  • Menyejukkan badan
  • Baik untuk orang yang demam
  • Melawaskan kencing
  • Mencegah dan merawat batu karang
  • Tenag batin jadi power kata Zhafran
  • Memekatkan air mani kata Hafreze
  • Harga pun murah.. hehehe