Aku tahu ramai blogger yang dah tahu benda basic ni, tapi ada juga yang tak tahu. Sebab kadang-kadang aku tengok ada blog yang dah lama publish since 2008. Tapi still tak ade ranking lagi. Kepada sesiapa yang tidak tahu pasal ranking blog korang sendiri, korang patut aware dengan benda-benda ni. Banyak kebaikan ranking blog ni dow. Ni antara aspek terpenting kalau nak buat duit dengan blog maaaaaa!! Takkan la kita blogging just for our ownself, baik kita buat diary je macam tu. Alang-alang dah ada blog, bina kredibiliti korang dengan blog tu dan buat duit sekali.

Blog juga ada terdapat banyak ranking tetapi yang paling popular adalah Page Rank dan Alexa Rank. Page Rank atau PR ni dikira persepuluh. Macam PR1 ni Page Rank 1/10 dan seterusnya. Lagi besar PR blog korang lagi power lah blog korang. Banyak peluang atau program buat duit dengan blog yang amat menitikberatkan PR ni. Kalau korang dapat PR5-PR10, korang bagitau aku ya. Aku nak ajak exchange link. Hua3.. Alexa Rank pulak dikira ikut nombor macam biase je. Lagi power blog korang, lagi kecik nombor ranking tu. Nescaya yang paling power adalah ranking #1. Sekarang ni, blog aku pada ranking #503,297 dan PR2. Tak semesetinya kalau Alexa Rank power, maka PR blog korang akan power. Ada je blog yg Alexa Rank 20 juta lebih tapi PR5.

Sekarang aku nak tunjuk macam mana korang nak tahu ranking blog korang. Hanya untuk pengguna Mozilla Firefox sahaja. Hoho! IE suxx!!

Bertindak Mengikut Arahan :

1. Install Add-ons ini kat Mozilla Firefox korang , Alexa Sparky dan Search Status

2. Lepas tu restart Mozilla Firefox.

3. Bila korang dah bukak balik browser, korang akan nampak mcm gambar di bawah ini di penjuru kanan sebelah bawah browser. Kemudian right-click pada logo @.

4. Kemudian pada bahagian Enable, tick pada Page Rank sahaja.

5. Kemudian right-click pula logo berbentuk a yang mewakili logo Alexa.

6. Tick pada semua KECUALI Trend pada bahagian Enable.

7. Inilah hasilnya.

Related Posts with Thumbnails