
Akhirnya kerajaan atau badan berkenaan dah pun mengumumkan diorang akan memperbaiki dan memperkemaskan perkara-perkara dalam Akta Jualan Langsung (AJL). Akta Jualan Langsung ni sangat berkait rapat dengan MLM. Sekarang ni dah bermacam-macam syarikat MLM yang wujud. Banyak jugak respon negatif yang diterima oleh kerajaan tentang perkara ini.
Kerajaan tak membenarkan sebarang promosi mengenai skim cepat kaya dan sistem piramid. Kalau kita tengok balik, sitem MLM ni sebenarnya memang nampak macam piramid pun. Banyak perkara dalam hidup kita ni pun macam piramid jugak. Kalau korang paham la apa yang aku cakap ni. Contohnya aku boss dekat puncak, dan korang pulak berlapis-lapis dekat bawah jadi pekerja aku.
Pada pandangan aku, yang buat kerajaan nak update AJL ni sebab diorang tengok MLM ni dah pun macam sistem piramid dan skim cepat kaya. Tapi disebabkan akta tu tak berapa jelas tentang perkara-perkara ni, jadi ada beberapa syarikat yang ambil kesempatan terhadap kelemahan AJL.
Lagipun AJL dah lama tak update, berpuluh tahun agaknya. So zaman sekarang ni dah bermacam-macam terms dan teknologi baru yang wujud. Jadi AJL takde hak nak sekat syarikat yang gunakan sistem dan teknologi baru ni. Bagi aku, sistem autodownline memang patut dibubarkan. Memang bagi benefit dekat ahli, tapi bagi keburukan dekat persepsi MLM ni. Dah jadi macam skim cepat kaya dah. Jadi nanti kita sama-sama tunggu macam mana terma terbaru AJL bila dah update nanti. Hoho!


15 Responses