
Hobin jang hobin! Wooot2!
Aku dah membara nih. Korang tak membara ke? Miahaha! Malam ni merupakan antara match bola sepak Malaysia yang ditunggu-tunggu. Negeri Sembilan VS Selangor dimana NS adalah juara Piala Malaysia 2009. Aku ulang sekali lagi juara Piala Malaysia. Selangor pulak juara.. Ahh! Korang pergi cari dekat google sendiri. Hohoh!
Malam ni maybe sesak jugakla sebab Negeri Sembilan dengan Selangor takdelah jauh mana. Sebagai anak jati Negeri Sembilan sudah semestinya aku akan tengok perlawanan ni. Jarak ke stadium hanya setakat joging je dah sampai. Really? Huhuhu..
Apa-apa pun tiket semua dah dibeli semalam , so malam ni hanya perlu membawa tiket dan sedikit wang saku untuk membeli air kotak dengan kacang rebus. Kalau terjumpa duit lebih dekat sofa rumah, bolehlah beli burger. Hehehe.. Ohh! Malam ni memang aku dah siap sedia untuk mendengar pelbagai perkataan yang keluar daripada mulut-mulut penyokong bola sepak tempatan. Dah boleh buat kamus baru poik!
Sorry dow dah lama gila tak update blog ni. Walaupun tak sampai seminggu, tapi aku tetap terasa lama. Sekarang ni tengah busy sikit dengan kerja-kerja freelance dan project. Maybe nak pergi Sunway Lagoon malam ni pun tak jadi, malam tadi dapat job baru meyh! Macam biasa, hidup kasi pagi makan petang. Kais petang makan malam. Ahah!





36 Responses