
Link exchange atau pertukaran link amat penting bagi sesebuah web/blog. Ianya bagaikan cara undian untuk menentukan kepopularan sesebuah web ataupun blog. Lagi banyak dan bermutu undian, lagi popularlah web/blog tersebut. Tetapi setiap link exchange juga ada mutu yang tersendiri. Tidak semestinya jumlah link exchange yang sedikit, web/blog tersebut tak hebat malahan lebih hebat dan popular daripada web/blog yang mempunyai jumlah link exchange yang banyak.
Macam biasalah, antara smart dengan hard mana satu yang korang akan pilih untuk link exchange. Sama ada korang akan bekerja keras untuk mendapatkan link exchange yang banyak ataupun anda akan bijak mendapatkan link exchange yang betul-betul bermutu walaupun satu link sahaja. Ini kerana Ada blogger dan webmaster sanggup membayar sejumlah wang untuk mendapatkan backlink/link exchange daripada sebuah blog yang mempunyai PR5 supaya membolehkan mereka mendapat peningkatan PR dan ranking blog dengan cepat.
Apabila blog korang dah cukup banyak exchange link yang bermutu, popular, PR yang tinggi dan Alexa ranking yang tinggi, nescaya korang berkemungkinan besar akan mendapat gumpalan wang yang lumayan. Maka rajin-rajinkanlah korang apply untuk exchange link dengan mana-mana blog dan web yang mempunyai reputasi yang hebat. Kalau taknak penat, keluarkanlah sedikit duit poket. Duit tak bawa ke kubur pun. Hehehehe… Tetapi sebelum korang nak apply liunk exchange daripada mana-mana blog, pastikan blog korang sudahpun di index oleh google. Yalah, sedap sikit masa nak memohon tu. Hohohoh..


2 Responses