Konflik percintaan tiga segi di antara Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Fahrin Ahmad sudah sampai kemuncaknya. Hari ini wartawan Kosmo telah menemuramah Fahrin Ahmad mengenai terputusnya percintaan di antara dia dan Scha. Korang boleh baca lebih lanjut di artikel ini – Fahrin Bongkar Orang Ketiga? . Dimana di dalam artikel tersebut tidaklah menyebut secara tepat siapakah orang ketiga yang berada di ranjau kisah percintaan Fahrin dan Scha. Tetapi Kosmo telah mengaitkan hubungan rapat Awal Ashaari dan Scha kerana mereka sering berinteraksi melalui Twitter.

Fahrin tidak mahu memberitahu siapakah orang ketiga tersebut tetapi menyuruh seisapa yang ingin tahu supaya siasat sendirilah! Seperti korang sudah sedia maklum sebelum ini aku ada menulis gosip percintaan Awal dan Scha. Fahrin memberitahu pihak Kosmo yang dia bersikap professional ketika shooting untuk Sehati Berdansa 3 dimana ketiga-tiga artis ini terlibat sama. Masa shooting memang mereka professional, tapi selepas shooting masing2 tak bercakap sepatah pun.

Selepas keluarnya artikel ni di Kosmo Online, aku pun menyemak profile Twitter Scha dan Awal. Ternyata diorang berdua tidak boleh menerima kenyataan Fahrin di Kosmo. Scha tweet bahawa dia akan memberitahu kisah sebenarnya kepada semua orang. Mungkin harini ramai wartawan akan menyerbu Scha. Manakala Awal pula marah kerana Fahrin seolah-olah , seolah-olah menuduhnya sebagai pihak ketiga. Awal membalas dengan menggelar Fahrin sebagai sex-maniac!

Twitter : Awal Ashaari & Scha

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Mixx
  • del.icio.us
  • BarraPunto
  • Reddit
  • Digg
  • BlinkList
  • Technorati