
Hari Selasa yang lepas, aku telah dijemput untuk menghadiri sidang media Lotus Formula 1 Malaysia di Pavilion Bukit Bintang. Dalam pukul 10:30 pagi aku dah bertolak daripada Seremban walaupun press tu start pukul 2 petang. Masa aku mula-mula sampai dekat Pavilion tu, aku dah nampak sederet Lotus super car dekat pintu masuk. Lepas tu belah dalam pulak, ramai orang tengah berpusu-pusu nak tengok pameran Lotus F1.
Aku ada nampak kelibat Dr. Mahathir merasmikan kereta Satrio Neo keluaran Proton untuk edisi Lotus F1. Ramai kelibat yang tertinjau-tinjau design dan feature yang ada dekat kereta Satrio Neo terbaru tu. Terlupa pulak aku nak tanya Dr. Mahathir berapa harga sebuah Satria Neo tu. Hahaha..

Lepas berkumpul dengan geng-geng Advertlets yang lain, kitorang mula mengorak langkah untuk terjun dalam gumpalan orang ramai tu. Fuhhh! Orang media boleh tahan bau ketiaknya. Miahaha! Terpaksalah bergaul mesra dengan diorang sekali agar aku dapat terhegeh-hegeh ambik gambar dengan camera yang tak seberapa.
Dapatlah jugak aku tengok depan-depan masa diorang persembahkan kereta lumba Formula 1 team Lotus Racing Malaysia ni. Diorang cakap ni first time diorang tunjuk depan khalayak ramai. Bangga jugaklah bila ada bendera Malaysia dekat kereta Lumba F1 kan. Weeeeeeee… Bangga siot!

Lepas mendengar bebelan SM Nasarudin dalam versi orang putih, aku rasa berbangga jugaklah bila Malaysia beriya-iya nak jadi negara pertama dekat Asia Tenggara ni membangunkan R&D industri automotif sehingga berjaya menghasilkan sebuah kereta lumba Formula 1. Ini salah satu cara untuk menaikkan nama dan juga ekonomi Malaysia.
Bukan senang diorang nak plan semua ni. Bayangkan langkah pertama diorang dah mula dah. Tapi aku bagitau cepat sikit lah ok. Lotus Racing mula-mula ditubuhkan pada 12 September 2009 lepas diluluskan oleh pihak FIA. Dikepalai oleh Tony Fernandes dan dibantu oleh Mike Gascoyne serta Riad Asmat, Lotus Racing bertapak di Hingham, Norfolk. Ni dekat area United Kingdom sanalah.

Pemandu Lotus Racing Malaysia adalah seperti yang tertera dalam gambar di atas. jarno Truli, Heiki Kovalainen dan anak kelahiran Malaysia, Fairuz Fauzy. Tak sabar rasanya nak tengok Fairuz Fauzy beraksi dalam F1 GP tahun ni walaupun dia hanya pemandu ketiga. Diorang cakap yang di awal perlumbaan F1 GP tahun ni, adalah sekadar untuk menamatkan perlumbaan saja sebab nak menguji kemampuan jentera.
Jadi minggu ini di Sepang, kemungkinan besar diorang akan cuba mendapat mata pertama untuk team Lotus Racing Malaysia. Ini semua untuk rakyat Malaysia jugak kan. Mari sama-sama kita doakan kejayaan diorang. Hohoho..

Kita harus berbangga dow!

Ada berani nak angkat?
Terima kasih aku ucapkan kepada Advertlets kerana bersama-sama aku pada sidang media tempoh hari. Hohoh.. Sayang korang lebih dol! Jutaan terima kasih daun keladi juga buat Tune Group yang telah menjemput kami untuk hadir ke sidang media ni dan beri pengajaran kepada aku agar membeli kamera yang lebih bagus lagi. Muahaha!
4 Responses