
Ahad lepas, buat julung kalinya kereta Proton Persona aku ni kena langgar. Lepas hampir empat bulan aku memandu dengan penuh hemahnya akhirnya kemalangan jua.
Tapi bukan salah aku, sebab orang yang langgar kereta aku ni. Kemalangan ni berlaku dalam Taman Paroi Jaya ni jugak. Tak sampai 100 meter pun jarak lokasi kemalangan dengan rumah aku. Hohoho!

Aku drive keluar nak alihkan kereta sebab ibu aku nak pergi kerja. Selalunya aku bawak kereta pusing taman kejap saja nak bersiar-siar. Tapi hari tu masa sedap-sedap drive, tiba-tiba keluar sebuah Toyota Innova daripada satu simpang ni.
Aku cuba nak lajukan kereta so that dapat elak daripada kena langgar tapi tak berjaya. Perlanggaran berlaku jua. Syukur alhamdulillah aku tak cedera apa-apa pun dan nasib baik tak langgar pintu driver.

Kalau aku tahu drift, dah lama aku drift buat U-turn menghadap Toyota Innova tu. Muahaha! So aku yang tak tahu drift ni just berhenti tepi jalan and tengok keadaan Proton Persona aku ni haa.
Lepas tu terus pergi dekat Toyota Innova yang langgar aku tu. Aku dengan hanya berboxer, t-shirt dan tak gosok giginya lagi senyum kat abang yang langgar tu. Abang tu pun minta maaf dan explain keadaan dia yang keluar simpang tapi tak nampak aku sebab dekat corner tu ada pokok bunga besar halang penglihatan dia.

Aku cakap aku tak salah sebab aku hanya drive straight je and then abang yang ada dengan isteri dengan anaknya tu tanya macam mana nak buat sekarang. Aku mintak no telefon and nama je sebab tengok abang tu orang baik-baik. Aku ajak abang tu pergi workshop sama-sama lepas tu dia settlekan dengan orang workshop.
Dia cakap dia tak banyak masa sangat, dia suggest aku pergi workshop dan nanti beritahu dia berapa kena pastu dia bayar. Aku percayakan dia so aku salam dia senyum-senyum and dia cakap ‘salam perkenalan’ then aku chow balik rumah.

Workshop Keng Fong
Tengah hari tu member aku cakap workshop tutup hari Ahad so aku kena tunggu esoknya hari Isnin (semalam). Workshop Keng Fong, Taman Tasik Jaya cakap ni kena RM550, ketuk dan cat. Aku mintak cat sekali apa-apa yang patut nampak macam Proton Persona H-line. Tauke tu cakap petang ni (Selasa) boleh siap.
Petang semalam abang baik tu dah bagi duit dah. Aku mintak dia RM400 je dan aku topup RM150 sebab kesian jugak dekat dia lagi satu dia nampak macam baik-baik kan kan kan. Mungkin ada jugak salah aku so fair and square lah. Tak sabar nak dapat balik kereta aku petang ni haaa!
P/S: Hari kena langgar tu, petangnya aku pergi naik KL juga hantar member and ronda-ronda :p

huhu. biasalah bila pakai keta ni, kita tak salah pun kita kena gak. mujur tak teruk.
apa lagi, blaja buat drift la tuk masa akan dtg. :p
alex adriana´s last [type] ..my uncle sekeluarga di Jepun selamat
ahaha.. nak belajar drift dekat mana? ada yg free tak?
wah! baik la bro minta RM400 je.hehe.
Alif´s last [type] ..FRANCE HOME SOCCER JERSEY 2011-2012
haha.. kena bambu jugak dengan member sebab tak minta full..
takpelahh.. ini hari diaa.. mana tau kita plak nanti kan kan kan :p
Lambat cepat memang akan kena gak kalu pakai kete nih, nasib baik eksiden kecik je. Kenapa bukan awek je yang langgar ek?
Encik Ketam´s last [type] ..Sensitiviti – Bergantung Kepada Cara Penyampaian
huhuh.. tu la pasat brooo.. so dah pecah dara laa…
uishhh.. kalau awek yang langgar, dia bayar 50sen je nanti :p
Adoi kesian.. Dugaan ni bro.. Lepas ni wat kua kete jangan pakai boxer lagi ler.. Kene pakai kain pelikat hehe..
Nasib baik brader tu baik dan bayor. Kalau dia cakap, “yang ko tak benti dari jauh nape”. Tak pasal-pasal hahaha..
Sabor jela..
hahaha.. gua bawak relax je brooo :p
dia yang sapu kereta guaa…
mmg jalan gua time tuuu.. huhu
xpela…
baik ngan org nnti ALLAH balas balik.
aku kena langgar masa naik motor hampir nak meyembah bumi, orang yang langgar tu tak nak bayar apa. rasa nak hentak dengan helmet je muka dia. bang**t tul..
wandisini´s last [type] ..Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun
den terasa kehilangan buah hati.
pesona manja sayang.hihih…..
keluar duit lagi la ni.
Ali ridha´s last [type] ..Ina asyik rakam sendiri
Ishh,mahalnya cas smpai RM550. Spatutnya cas ketuk siap cat dlm anggaran RM300 je. Lgpun warna nk spray semula mudah cari tak mcm kete warna yg pelik2. Aku pun pnah eksiden kete Persona warna ungu. Lg kemik agak dlm bhg pintu belah pemandu,ketuk siap cat cume cas RM300 je kt area JB ni.
Finalcross´s last [type] ..Rekaan Konsep ‘GUI’ Yang Kreatif
ko mmg cool la bro..heehe..
JMR´s last [type] ..movieDAYout HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA bersama BEAUTIFULNARAdotCOM
mungkin ada ikhtibar disebaliknya…semoga sentiasa selamat di masa depan ye….
Aku rasa harga standerd tu pasal kena dekat blah pintu and bdy belakang tu
TheSharkox´s last [type] ..Moh kite mambo di Kuale!
auchh! sakitnya tgk kena mcm tu.. huhuu~ kereta sumi pun mula2 kena mcm tu lah.. kita dah hati2 tapi org yang langgar kita.. adehh~ tapi nasib baik tak teruk mana.. just calar2 ja..
Aisumi Chan Kawai´s last [type] ..Cake Hantaran 13 March 2011
Salam, adoo…baru bulan lepas bukak plastik hehe…em anyway turut simpati bro for what had happened. Alaaa lepas nie 7 siries plak kan kan kan hehe…AMIN =)
AskBudakboy´s last [type] ..BerBlog Sekarang Oh Kenapa
amiiiiinnnn… moga2 dptlah setaraf mcm 7series tu kan.. hehe
benda dah jadi broo
cmno lah bawak keto tu.
abg nizam pesan, takziah.
huuhu.
hati2 skit len kali.
huh sayang bro keta baru 4 bulan dah kemalangan.kalau kita dah hati-hati orang lain plak bt pasal.
nak wat cmne brooo. suratan takdir.. skang ni trauma simpang2 namo eh.. haha
pergh mahal jugak kos..ati2 pasni bro.. malang tak berbau
aimannajmy´s last [type] ..Jalan-jalan Jeti Semeling Part 1
humang aiiii….baik tul ko bro… mintak 400 jer, sib baik dia mau bayar kan.kena dia melanjutkan cerita yang dah lanjut tu (ayat mengong) susah gak.
550..mahal erk…cat kete ko methalic kot, duu aku kena 180 jer kalau tak silap.aku sapu kereta honda.mengantuk waktu tu.sib baik member aku ada kenal sorang owner bengkel ketuk keta ni,selamat duit den,kalau tak nangis gak la aku,
kaau boleh bro,kalau jadi macam ni.mintak sekali no IC, takut mamat tu yang langgar keta tu lari atau tukar no. naya jer.kalau dah dapat no IC,nak buat report pon senang kalau apa2..walaupon melayang 300.muaahahaha
Amry´s last [type] ..Teknik Upkan Traffik Dari Innit!!
huh kesiannya.. takpelah dah nak kena kan..