Di antara kegawatan ekonomi dan pengangguran, mana satu yang korang pilih? Kedua-dua ini merupakan kesan buruk yang terpaksa diterima. Nak atau tak nak itu belakang cerita sebab kita kena hadapi juga benda ini sama ada kegawatan ekonomi atau pengangguran. Di dalam istilah ekonomi, tiada benda di dunia ini yang percuma kerana untuk mendapatkan sesuatu, kita harus melepaskan sesuatu. Tidak semestinya ianya berkaitan dengan wang sahaja tapi ianya melibatkan semua. Contohnya dari segi masa, tenaga dan juga peluang. Jadi korang dah buat keputusan belum nak pilih antara kegawatan ekonomi atau pengangguran? Hehehe.. Aku akan bagitau pada korang signifikasi kepada jawapan yang korang pilih dan juga jawapan yang korang tak pilih. Hoho..

Jika korang memilih pengangguran, maka ekonomi negara kita akan menjadi kembali stabil. Harga barangan kemungkinan besar akan kembali turun. Jadi segala kos kehidupan korang tidak seperti sebelum ini dimana ianya mampu mencekik darah pencari rezeki untuk sesebuah keluarga. Namun begitu, kita tak dapat lari juga daripada kesan buruk akibat pengangguran ini. Bila ramai orang dah tak ada kerja, macam mana mereka nak cari duit untuk keluarga? Saat-saat macam ini lah perniagaan intenet diperlukan. Hehehe.. Kemungkinan besar ramai yang akan menyertai syarikat-syarikat MLM yang menjanjikan sumber pendapatan yang lumayan, ada yang menjalankan kegiatan pertanian (unsur-unsur MLM dah diterapkan) ataupun ada juga yang berhasrat untuk menjadi Jaguh Perompak Malaysia. Yelah, dah terdesak sangat untuk mencari duit.

Jika korang memilih untuk menghadapai kegawatan ekonomi pula, ramai lepasan graduan akan kembali mendapat tempat di syarikat-syarikat yang memerlukan kerahan tenaga mereka. Mungkin salah sorang daripada mereka adalah korang sendiri. Hehehe.. Tapi yang sakitnya, barang-barang semua akan menjadi mahal. Kuasa kenaikan harga ni macam virus, cepat saja merebak. Bila satu harga barang itu naik, kemungkinan besar harga barang-barang yang ada kaitan dengan barang itu tadi akan naik juga. Nak atau taknak, kenalah berjimat atau cari duit sampingan lagi. Jual topup ke.. Hohoho.. Kalau takde duit sampingan, terpaksalah makan nasi dengan ikan kering saja. Bagus jugak tu, nanti boleh diet. Haha!

Apa yang setiap kerajaan di dunia lakukan untuk mensejahterakan rakyat massing-masing adalah, mereka cuba menstabilkan kedua-dua keadaan ini agar kesannya seimbang dan tidak begitu teruk. Kerajaan akan meminimumkan tahap kegawatan ekonomi dan pengangguran negara. Pada pendapat aku, langkah yang paling baik sekali untuk Malaysia meminimumkan tahap ini adalah dengan meningkatkan R&D negara kita. Research And Development dapat membantu ekonomi negara dengan mengurangkan kos dan mengoptimumkan kualiti produk serta perkhidmatan. Aku cuba bagi contoh kes R&D. Kilang A mempunyai 10 orang pekerja dan dapat mengeluarkan 10 buah kerusi sehari. Tetapi Kilang B mampu mengeluarkan 40 buah kerusi dengan hanya 5 orang pekerja. Dapat tangkap? Hehe.. Sekian.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Mixx
  • del.icio.us
  • BarraPunto
  • Reddit
  • Digg
  • BlinkList
  • Technorati