telur separuh masak

Sejak dua tiga empat menjak ni,boleh kata hari-hari aku balun telur setengah masak ni. Mungkin aku telah terikut-ikut dengan trend orang yang bangun pagi-pagi order telur setengah masak dua biji dan telan.

Dulu masa aku duduk dekat kampung dengan arwah atok and uwan aku, selalu laa tengok orang tua-tua makan telur setengah masak ni. Tapi sekarang dah jarang aku nampak, yang nampak orang muda-muda je.

telur ayam

Sebenarnya aku dah puas Google pasal kebaikan telur setengah masak ni. Tapi takde satu pun yang betul-betul serius cakap pasal topik ni. Hahaha! Ada yang lawak, cakap makan telur setengah masak banyak-banyak boleh buat TELOR jadi besar.

Ada yang tunjuk telur setengah masak yang telur tu dah jadi bentuk anak ayam dah. Haduiyaaiii! Tapi apa yang aku tahu badan boleh jadi sihat. Tu yolaaa kan? Selain tu menjimatkan ketika breakfast, murah dan mengenyangkan. Nak belanja member makan sekali pun boleh. Hohohoh!

Aku makan telur setengah masak ni, aku buang telur kuning dia sebab budak-budak ni cakap tu banyak kolestrol. Tapi setiap kali aku makan telur separuh masak ni, telur kuning tu mesti hilang jugak. Tak tahu laa siapa yang telan. Wakakak!

P/S: Ini blogpost yang paling aku suka pasal telur ni, Budak Kecik Makan Telur 1/2 Masak!