
Jangan terkejut lepas ni walaupun korang dah 7 tahun gunakan servis dimana-mana pusat gym, kemudian keahlian korang dilucutkan secara tiba-tiba. Bila ditanya kenapa keahlian korang dilucutkan, staff pusat gym tu cakap korang berpakaian terlalu seksi dan terlalu kuat menjerit.
Itulah yang berlaku terhadap Carol Loke (gambar bawah) , 47 tahun , seorang ibu kepada dua orang anak. Puan Carol tidak berpuas hati dengan pusat gym tersebut dan telah mengutarakan isu tersebut kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).

Ketua Eksekutif (NCCC), Muhamad Sha’ani Abdullah mengatakan bahawa kes Puan Carol kukuh kerana dia membayar perkhidmatan gym tersebut. Apa yang aku baca di The Malay Mail, pihak Fitness First Malaysia tidak dapat bagi kod pemakaian yang dicadangkan kepada Puan Carol.
Puan Carol juga dikatakan telah mengganggu ahli gym yang lain dengan jeritan dia yang kuat, mengganggu di dalam bilik persalinan dan mencampak barbell selepas menggunakannya. Ramai ahli gym yang telah menghantar aduan yang ditandatangani sebilangan ahli gym yang turut tidak berpuas hati.
Kesian juga aku tengok Puan Carol ni. Dia ada hak dia dan pengguna lain pun ada hak diorang juga. Tapi Puan Carol, saya minta maaf banyak-banyak sebab saya rasakan memang pakaian puan ni terlalu seksi. Hehehe..
Puan Carol cakap dia diberhentikan secara tiba-tiba tanpa sebarang notis awal. Lain pula yang dicakapkan wakil Fitness First, mereka telah cuba menghubungi Puan Carol tapi tidak dapat. Ada juga beberapa saksi staff gym tersebut yang telah menegur Puan Carol secara verbal.
Kalau korang nak tahu dengan lagi detail lagi, sila baca Too Sexy For My Shirt.
13 Responses