
Baru-baru ini ibu Zizie Ezette , Kathy Fauziah ada mengakui kehadiran YB Bung Mokhtar ke rumahnya untuk bertemu dengan Zizi Ezette. Tetapi dia menafikan bahawa Zizie Ezette sudahpun bernikah dengan ahli parlimen daripada Sabah itu. Jadi di sini kita sudah ada bukti bahawa YB Bung Mokhtar memang rapat dan ada hati dengan Zizie Ezette. Jika YB Bung Mokhtar berkata dia tidak menyukai Zizi Ezette, masakan dia akan datang ke rumah untuk bertemu Zizie Ezette.
Sekarang ni peminat dan para penggemar gosip artis tempatan hanya perlu menunggu kenyataan daripada Zizie Ezette yang masih lagi merahsiakan siapakah ahli parlimen Sabah yang datang ke rumahnya untuk melamar. Mungkinkah salah seorang sahabat YB Bung Mokhtar ataupun dirinya sendiri. Mari sama-sama kita nantikan kesudahan epilog cinta Zizie Ezette.


5 Responses