
Ini adalah pemandangan dekat kampung aku yang dinamakan Kampung Sawah Raja. Berjiran pula dengan Kampung Astana Raja. Nama lebih kurang sama dan ada kaitannya.
Masa perbincangan dengan budak-budak sekolah rendah dulu, Kampung Sawah Raja ni tempat sawah-sawah Raja Melewar. Kampung Astana Raja pulak tempat istana Raja.

Tak tahulah Raja Melewar ke raja yang lagi tua tapi makam Raja Melewar ada dekat Astana Raja. Aku dah dihantar untuk menjalani kehidupan dan latihan ala-ala tentera bersama dengan arwah atok dan uwan aku dekat sini.
Memang lidah aku ni dulu kalau cakap negeri memang orang KL tak paham. Kalau pergi KL duduk rumah sepupu aku, memang budak-budak sana tak paham apa aku cakap. Muahaha..

Aku sekolah rendah pun dekat Sekolah Kebangsaan Sawah Raja yang sangat epic! Total student bawah 100 orang bai. Dalam waktu yang sama darjah empat dan darjah 5 boleh diajar oleh seorang cikgu yang sama. Style tak? ahaha..
Dekat kampung ni la aku belajar mandi sungai, sepak tahi lembu kering dekat kawan, main meriam buluh, senapang kayu dan macam-macam lagilah aktiviti yang thrill. Hohoho!

Aku boleh dikatakan memang setiap 3 minggu sekali akan balik kampung ambil uwan aku datang Seremban. Kadang-kadang aku tidur dekat kampung tapi disebabkan takde internet jadi dah jarang tidur kampung. Hehehehe..
P/S: Korang budak kampung ke budak bandar? Jom gaduh. LOL!



23 Responses