
Wow! Dah lama gila babeng aku tak update blog sebab nak update ebook. Takpe di sini aku kembali rancak macam Paeh cakap dalam banner blog dia.” Aku Paeh, Hidup Kena Rancak! ” Ahahaha! Aku tak tahu apa erti rancak dalam diri Paeh ni sebenarnya, harap-harap dia ada maksud yang betul-betul mendalam.
Aku kenal Paeh, secara tidak langsung menerusi blog kalau tak silap aku. Lepas tu dia add aku dekat YM (Yahoo Messenger) dan berborak dekat situ jerlah. Kemudian kitorang pernah jumpa sekali dekat Starbucks The Gardens masa Gathering Lepak IT dengan geng-geng blogger yang lain.
Aku rasa semangat blogging si Paeh ni masih belum cukup utuh lagi la. Hahaha.. Dia belum sampai tahap yang boleh update setiap hari lagi ni. Tapi cara penulisan dia dah bagus dah. Penulisan? Penaipan? Tak kiralah apabenda yang nak digelarkan pun. Ap kata korang pergi bagi kata-kata semangat kat blog dia tu. Tak tahu apa yang menghalang Paeh untuk jadi tegar, maybe ketidak kecukupan masa atau tanggungjawab untuk cari duit lebih diutamakan.
Aku ada sorang kawan dari sekolah menengah, nama dia seakan-akan Paeh tapi jantinanya tidak seperti Paeh dan dia tidak mempunyai belalai. Gelaran dia Peah. Hahaha.. Jadi Paeh ni macam pengubat rindu kepada Peah la kot. Wakaka! Rupa-rupanya gelaran Peah dan Paeh ni berpasangan rupanya. Gelaran je la, orangnya tidak. Hoho!
P/S: Diorang masing-masing mempunyai sebuah blog
14 Responses