
Kelmarin kawan aku ada buat open house kecil-kecilan dekat rumah sewa baru dia, di Platinum Victory berdekatan Taman Melati, Kuala Lumpur. Kalau lalu MRR2 straight nak pergi ke UIA tu mesti nampaklah tepi jalan.
Aku masuk-masuk je rumah tu, terasa diri ini suci sangat dan putih bersih sebab masuk rumah sewa yang sangat selesa dan kemas. Perabot bukan calang-calang dengan dapur serba lengkap.

Aku terasa sangat jeles dengan keadaan rumah sewa yang sebegitu. Hohoho! Aku tanya Juju berapa sewa rumah tu, dia jawab RM1200 fully furnish. Perghhh! Murah gilaa kott.. Sebab aku pernah usyar area ni sewa dia dalam RM1800 without furnish apatah lagi kabinet dapur tu semua.
Menurut Juju, sebenanrnya rumah ni kepunyaan saudagar berketurunan Cina yang dah beli, renovate and siapkan perabot untuk pujuk anak dia balik Malaysia dari luar negara tapi malangnya anak dia taknak. Jadi rumah ni dijualnya murah kepada seorang Cina yang lain.

Jual murah sebab rumah ni dianggap SUWEY! Hohohoh! Tuan rumah yang baru ni pulak beli rumah tu dan tiba-tiba berhasrat nak duduk di US ikut suami. Lantas dia menyewakan rumah ni dengan harga yang murah sekadar untuk lihat rumah dijaga dengan baik.
Perghhh! Ada tak rumah-rumah lain yang macam ni? Aku nak sewa jugak laaaaa.. Hohohoh! Mungkin aku perlu mengupah seorang pakar fengshui dan minta dia cakap dekat tuan rumah yang menjadi sasaran aku tu bahawa rumah dia SUWEY!
Jadi alang-alang suwey tu baik dia bagi aku sewa murah. Muahaha!
13 Responses