Pejam celik pejam celik dah lama Ramadhan berlalu. Semakin lama semakin hampir pulak dengan Hari Raya di mana  kawan-kawan aku boleh bebas makan dengan selambanya di waktu selepas pagi sehingga waktu maghrib. Eheheh.. Korang puasa cukup tak? Korang tak payah la tanya aku puasa aku cukup ke tak ok. Korang tahu jawapannya. Hehehe.. Masa awal-awal berpuasa dulu, kalau masa berbuka memang tak tahan nafsu aku dibuatnya. Makan tak agak punya banyaknya. Haha! Sebab juadah berbuka beli banyak gila kot, nasib baik ada jugak rakan-rakan yang menghabiskannya. Hehehe!

Lama-lama aku terasa badan aku semakin naik sebab makan macam-macam masa berbuka so aku decide nak makan ala kadar je. Haha! Tapi kadang-kadang TERMAKAN banyak jugak sebab ramai kawan ajak berbuka puasa sama kan, so kena jugaklah melantak dengan diorang. Fuhh! Tak agak! Aku terasa aku makin kurang rapat dengan dumbell aku. So dalam pertengahan bulan puasa haritu aku terpaksa makan ala kadar saja time berbuka. Kemudian setiap petang sebelum berbuka kena layan dumbell jugak. Akhirnya hubungan kitorang kembali pulih. Hehehe..

So buat masa tu menu kegemaran adalah makanan semalam masakan ibu aku, aku akan buat berbuka untuk hari ni. Contohnya macam spaghetti dekat atas ni. Sempoi! Panaskan balik jer. Ahahaha.. Dah kate duduk bujang, Hafreze pulak dah lama tak balik rumah sebab dah dapat awek baru. Bukan main girang sampai lupa yang dia menyewa dengan aku. Haha! Come back home bro! Bubur lambuk juga menarik perhatian aku kalau makan masa berbuka. Lepas tu mesti berak tak agak punya. Bontot pun jadi panas! Hahaha! Tapi makan bubur senang nak hadamkan, so kira bagus jugaklah! Panas bontot pun takpelah! Nanti tahun depan bila bulan puasa lagi je aku kena makan simple-simple jer lah. Kena take note untuk tahun depan. Kalau sape nampak aku makan banyak, korang tumbuk je aku. Muahahaha!

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Mixx
  • del.icio.us
  • BarraPunto
  • Reddit
  • Digg
  • BlinkList
  • Technorati