
Aku tahu ramai di antara kita yang menggunakan Facebook sebagai laman yang menemukan kita dengan mana-mana kenalan untuk berhubung. Sesuai untuk kawan yang sudah sedia ada atau untuk mencari kawan baru. Hoho.. Dan tidak lupa juga kepada yang masih membujang sampai sekarang, Facebook adalah salah sebuah laman sosial yang mempunyai ramai awek untuk ditackle sebagai penyeri hidup masing-masing kelak. Ahahaha.. Dah! Cukup-cukup.. Masa untuk aku serius dengan post aku ni..
Korang tahu tak yang Facebook adalah tempat yang paling best dan sesuai untuk mengiklankan sesuatu contohnya kalau korang ni seorang salesman sebuah produk MLM ataupun apa-apa saja barangan yang boleh dijual. Facebook Ads memang pilihan aku setakat ini sebab kita boleh target market kita dengan memilih prospek kita mengikut jantina, umur, minat, negara, pekerjaan, income serta beberapa keyword yang lain. Jadi ini dapat membantu kita yang nak menjual produk dan mengiklan dengan kepada mereka yang sesuai sahaja. Let say kita nak jual korset untuk kuruskan badan. Takkanlah kita nak jual dekat orang lelaki pulak kan? Haha.. Tak tahulah kalau ada yang nak cuba atau nak belikan untuk isteri masing-masing. Hoho..
Facebook Ads juga seperti program PPC (Pay Per Click) yang lain kerana kita boleh set kos per click yang kita mahukan dan berapa modal kita untuk sesebuah campaign dan kos harian kita. Sistem pantauan Facebook Advertising memang best dan kita akan update dengan pantas prestasi produk yang kita iklankan. Mereka akan beritahu berapa impression yang kita dah dapat dan berapa orang dah klik iklan kita. Kalau ada rasa tak puas hati dan bajet nak betulkan balik, kita boleh edit semula iklan tu.
Facebook sebenarnya selalu bagi coupon credit untuk beriklan dekat Facebook. Tu salah satu taktik diorang nak promosikan ruang iklan diorang. Nak ramaikan adertiser. Hehehe.. Aku nak beritahu korang macam mana nak dapatkan credit bernilai $125 secara percuma!! Banyak tu weh. Korang boleh promosikan macam-macam dengan credit yang ada tu. Aku dah berjaya menjual beberapa produk affiliate yang aku join. So buat masa ni aku gembira. Hoho.. Dan aku pun nak korang gembira.. Kalau nak iklankan diri masing-masing pun boleh tau. Haha.. Tapi untuk menyertai Facebook Ads korang memerlukan kad debit ataupun kredit. Jangan risau, diorang tak akan caj apa-apa. Kalau nak selamat, deletekan iklan korang sebelum nilai credit tu habis. Hehehe.. Sekian..
14 Responses