Jimmy Shanley adalah antara orang yang paling bertuah dekat dunia ni sebab dikurniakan bakat dan rezeki. Kalau tak silap aku bro Jimmy ada syarikat sendiri tapi dalam bidang construction and safety. Pandai dow belajar dekat oversea. Tapi kali ni aku nak cakap yang bro Jimmy bertuah sebab dia dapat bermanja-manja dengan Diana Danielle. Mak aih, siap peluk and urut-urut lagi. Masakan aku tidak cemburu. Hohoho..

Buat masa ni aku rasa Diana Danielle tidak ada boyfriend lagi lepas kes Diana dengan Syamsul anak lelaki Yusof Haslam. Mungkin dia tak bersedia lagi buat masa ni nak bercinta. Aku pun tak berkesempatan nak mempelawa dia keluar makan bersama. Ehehe.. Apsal? Mengapa tidak? Ahah! Walaupun sebelum ni ada kedengaran Diana rapat dengan Farid Kamil mat rempit paling hensem dekat Malaysia tapi Diana deny.

Jimmy Shanley bermanja-manja dengan Diana Danielle ni masa rakaman untuk Trek Selebriti. Kalau korang tak caya korang boleh tengok video dekat bawah. Kalau nak tengok yang full version punya, korang duduk la dekat Astro Ria tu sampai time Trek Selebriti punya show. Hoho! Aku rasa macam sesuai je diorang berdua ni. Maybe diorang ni dah mula rapat-rapat kot, kalau tak kenapa terserlah keselumberan Jimmy nak bermanja-manja dengan Diana. Fuhh!

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!