Gejala bank scam ataupun penipuan bank semakin berleluasa. Kalau dulu selalunya manusia-manusia keparat ni hanya menggunakan nama Maybank sebagai nama undercover activity diorang. Kononnya ada masalah dekat dalam account bank korang. Tapi bila ditengokkan balik domain yang digunakan diorang memang seakan-akan nampak macam pihak Maybank sendiri yang menghantarnya. Tapi korang kena hati-hati!

Jangan mudah percaya dengan email-email macam ni. Sebab ni semua unsur penipuan. Kalau nak senang, call je terus pihak Maybank sendiri. Kalau akulah, awal-awal lagi aku dah mark as phishing scam. Dapat pulak aku nak percaya kan. Sekarang ni dah macam-macam cara diorang buat. Boleh kata semua nama bank dah digunakan untuk jadikan nama undercover diorang. CIMB dan Ambank adalah antara yang terbaru.

Modus operandi diorang senang je. Nanti kalau korang terpedaya, korang akan clcik pada link yang diorang beri. Kemudian korang akan isi maklumat perbankan online korang. Pastu dengan maklumat tu, diorang akan akses ke akaun online banking korang. Wohoo! Tapi aku sarankan korang jangan click langsung url yang diorang bagi. Yelah mana tahukan kalau diorang boleh hantar virus nak hack laptop or komputer korang ke kan. Tak ke naya tu poit?

Related Posts with Thumbnails