pakej percutian

Sesiapa yang ada dalam mood percutian memang akan ada rasa perasaan best yang teramat sangat. Lebih-lebih lagi orang yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan di bawah seorang majikan. Hahahaha! Bila dapat bercuti dalam waktu yang agak panjang, pasti ada perancangan diperlukan.

Ya lah, bukan selalu dapat cuti jadi masa cuti tak boleh dibazirkan begitu saja. Jadi sesiapa yang bercuti tu mesti akan ghairah mencari pakej dan destinasi percutian yang menarik. Tak kisahlah dalam negara ataupun luar negara, janji dapat release tension.

Ada sesetengah orang tu kalau dah jumpa pakej yang berkenan dekat hati, diorang terus tempah dan buat pembayaran terus tanpa soal selidik terlebih dahulu. Kadang-kadang ramai ejen dan beberapa laman web yang jadi sindiket penipuan ejen perlancongan ni.

Memang nampak macam betul dan jujur tapi sebenarnya tipu semata-mata. Pastikan nama syarikat ejen tu sudah berdaftar dengan SSM dan akaun bank untuk pembayaran adalah atas nama syarikat tu.

Kalau boleh selidik lagi dalam lagi, call hotel dan semua yang ada kena mengena dengan pakej yang korang ambil tu. Yelah, memanglah leceh nak call tu semua. Ini sebagai langkah berjaga-jaga sebab ramai yang dah kena tipu. Kalau tak percaya, cubalah Google!

 

Related Posts with Thumbnails