
Persaingan di dalam dunia perniagaan memang sengit. Pelbagai cara yang digunakan untuk memastikan perniagaan masing-masing bertahan lama dan mendapat keuntungan yang tinggi.
Ada juga yang sanggup membuka syarikat perniagaan semata-mata untuk dapatkan keuntungan yang tinggi tetapi tidak bertahan lama. Tetapi zaman sekarang ni, pelanggan memandang dua aspek ini iaitu harga murah dan kualiti tinggi.
Bagi aku, seorang peniaga yang meletakkan harga terlalu rendah dan mengharapkan keuntungan yang tinggi mempunyai fikiran yang kolot. Sekarang ni tidak semua pembeli yang menginginkan harga yang rendah saja, mereka juga mahukan kualiti.
Lambat laun, perniagaan korang juga lingkup kerana kekurangan revenue untuk menambah baikkan perniagaan dan produk.

Tak kiralah perniagaan jual beli produk fizikal ataupun perkhidmatan, harga yang rendah tidak menjanjikan pelanggan yang berterusan. Lambat laun, kualiti tinggi yang akan memenangi hati pelanggan.
Harga yang terlalu rendah memang akan memakan diri kelak. Kalau perniagaan korang tengah mengalami kerugian disebabkan tiada pelanggan, jangan asyik memikirkan bagaimana ingin mendapatkan bahan yang lebih murah lagi.
Cuba fokus pada penambahan kualiti pada produk dan servis. Kualit tinggi baik untuk kedua-dua belah pihak dan secara semula jadinya perniagaan korang akan makin menghijau.
22 Responses