Yeahh..Aku sudah pun kembali ke rumah aku lepas berhari raya dekat kampung..Aku pasti ramai di antara kita dah mengurangkan aktiviti sempena hari raya nie..Yang pasti kita dah pun bertemu dengan sanak-saudara kita..Berapa banyak duit raya korang tahun nie?Banyak tak?Hehehe…Aku makin tua makin sikit pulak..Tapi masa dekat kampung aku hari tu , duit raya aku boleh la buat beli domain baru..hehehe..Aku harap sesiapa yang dapat duit raya tu , gunalah sebaik-baiknya agar dapat memberi manfaat pada diri masing-masing untuk jangka masa yang panjang..

Namun begitu, semasa kita tengah bergembira menyambut hari raya..Masih ada yang bersedih,berduka serta bermuram durja..Ada banyak sebab yang menjadi punca kepada perkara nie..Mari sama-sama kita kongsi…

Anak Yatim Rumah Kebajikan

Ada anak yatim yang hidup selesa tetapi ada juga yang kurang selesa..Apakan daya nasib mereka berbeda untuk dibandingkan dengan kita yang serba serbi masih lagi mempunyai ibu bapa..Ada di antara mereka yang telah kehilangan ibu ataupun bapa..Bagi mereka,hari raya tidak akan lengkap selagi tanpa ibu bapa..Bagi yang tinggal di rumah kebajikan, kawan-kawan dan penjaga mereka sudah pasti menjadi pengubat duka..Walaupun ada anak yatim yang masih ada ibu ataupun bapa..Kehilangan salah seorang daripada mereka merupakan salah satu perkara yang tidak dapat dilupakan..

Warga Tua

Sedih sangat-sangat bila aku tengok dekat TV , ramai juga orang-orang tua yang menyambut hari raya hanya di rumah kebajikan..Ada di antara mereka menangis di pagi raya..Walaupun masih ada anak-anak , mereka tetap dipinggirkan di hari raya..Apabila ditemubual oleh pengacara TV tersebut, mereka hanya mampu menahan sebak dan air mata berlinangan..Aku pun pelik,kenapalah anak-anak mereka tidak ambil peduli langsung..Walaupun zaman sekarang ni segala ilmu serba lengkap,anak-anak mereka masih lagi tak dapat berfikir dengan baik..Ibu bapa boleh jaga anak-anak yang ramai,tapi anak-anak ramai tak mampu nak jaga ibu bapa..

P/S: Kalau ada rezeki lebih satu hari nanti,jomla sama-sama kita bukak rumah kebajikan..Happykan mereka..

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!