
Makin lama makin penuh berisi Seremban ni dan aku harap keadaan ni berterusan. Hohoho! Pappa Rich akhirnya telah membuka sebuah cawangan franchise diorang dekat Seremban 2. Jadi ini menambah pilihan orang Seremban untuk mengisi perut masing-masing.
Terima kasih aku ucapkan kepada tuan punya Pappa Rich cawangan Seremban ni sebab memilih sini sebagai kawasan strategik diorang. Nampaknya Seremban semakin hensem dengan adanya Pappa Rich.

Masa aku mula-mula tahu Pappa Rich ni pun diorang dah bukak selama 2 minggu dah. Aku tahu ni pun sebab ada hamba Allah ni komen dekat blog aku dekat post pasal Pappa Roti. Terima kasih juga kepada beliau.
Masa aku mula-mula datang tu memang agak penuh dan majoriti yang datang adalah kaum Cina. Agak sesak sehinggakan ada sebilangan Not Sooo Hot Mom sanggup lepak dekat bahagian luar Pappa Rich tu walaupun agak berhaba.

Makanan diorang aku rasa lebih kurang sama dengan Old Town tetapi diorang ada lagi banyak minuman pelik-pelik yang menyelerakan mata memandang. Sedap memang sedap tapi kalau hari-hari minum air manis tu memang boleh kena potong kaki. Muahaha!
Layanan waiter diorang buat masa ni baik sebab staff pun ramai jadi tiada masalah. Kebolehan wifi diorang yang berpassword tu agak laju dan memuaskan hati aku. Mungkin sebab tak ramai yang datang situ bawak laptop lagi.

Cuma kalau nak makan dekat sini memang ringanlah dompet korang lepas balik daripada makan dekat situ. Hohohoh! Jadi kalau boleh, paulah ahli keluarga dan rakan-rakan sebaik mungkin untuk makan isi perut dekat Pappa Rich ni.
Bagi sesiapa yang singgah dekat Seremban dan rakyat Seremban sendiri yang belum pernah datang ke sini, cubalah puaskan perut korang tu di port Not Soo Hot Mom lepak ni. Wakaka!
P/S: Pappa Rich ada isu halal haram tak?




pernah ada isu gak, ada cawangan yang ambil ayam daripada pembekal cina…huhu, ada keluar ondscene.my …
ni owner melayu ke bro?
Huwaaa.. bukan melayu.. haritu igtkan mlayu.. nak bangga jgak.. bila tnya, cina jugaaakk..
cina memang kongker semuanya -..- huhuhuhu. teruk kan berniaga camtu. kite yg makan ni islam plak amik ringan. kadang2 tak terfikir.adoi!!
betul tuh liza
lalai sangat kan? -..-
wowwww… makanan yang sedap tu!
nasib baik di belah utara KA tak jumpa lagi ni
Haha.. tp makan sebulan 2 kali boleh laaa.. hehe
hehe..dah lama aku tak gi seremban. ko dok seremban ke sekarang?
Haha.. mmg org seremban la bosss.. mai la siniii.. awek ramai.. haha
aku memang tahu sana awek ramai..aku dulu matrik kat sana maa..selalu turun terminal one maa..
dulu masa aku study kat ukm, bas selalu gak singgah amik orang kat terminal 1. itu jelah tmpt kat n9 yg aku jalan2 kot.hehehehe
ohh..budak ukm rupanya..patutla..
ape yg favourite kat situ???
Favourite dia byk mee meee laaa
pappa rick ni untuk org yg rick jek… hehehe
Huhu.. rick ye takkk
aku pernah makan sekali jek kat sini
papa rich dah dekat nama ridzuan richie…. ada apa2 ker nih…
anak papa rich ni skandal ngan richie.hahahaha
ntah2 pak cik dia tak??? lol
muahahahahaha!!! mana richie ni!!!jawab ar.haha
richie sibuk ler hahahah
huhu first time dengar papa rich, kat kedah aku tak nampak pulak huhu
kat tempat aku paparich tu dah tukar nama..bukan papa rich..papa ape eh..aku lupa plak..:D
makan ape yg best kat sini ek?
Terpanggil untuk meng0men kat cini . Saye salah seorang management group under Papparich Seremban 2 ni . Isu Halal yang dipersoalkan tu saye nak jawab . Ketika awal pembukaan sebanyak 6 kali pihak MPS dan JAKIM datang membuat serbuan dan alhamdulillah tiada isu , malah kami telah diberi salinan lap0ran yang mengatakan tiada sebarang makanan tidak Halal dijual di premis ini . Kalau nak teng0k laporan tu kami ade framekan cantik cantik di dinding premis . Harap dengan kenyataan ini tidak menimbulkan sebarang keraguan pada 0rang awam . Terima kaseh kerana supp0rt yang diberikan .