Yes!! At last, im free. Hoho.. Lama jugak nak tunggu final exam aku habis sebab gap paper jauh-jauh daripada 14 November sampailah 25 November iaitu semalam. Selesai jugak misi aku berjuang dalam pertempuran tu. Sekarang ni tunggu result je lah kan. Sejauh mana baik atau buruk result aku tu, sama-sama kita tunggu nanti. Hoho.. Kalau cemerlang ada siapa-siapa nak belanja aku tak? Hehe.. Kalau kurang cemerlang tu, pandai-pandailah aku kena jawab dengan ibu aku. Hoho..
So bila dah free ni macam-macamlah aku boleh buat. Tapi yang lebih penting, aku kena buat semua perkara yang aku dah senaraikan untuk cuti sebulan lebih ni. Apa-apa pun kena fokus!! Semalam aku dapat tahu yang SPM pun dah habis dah. Nasib baik tak sesak masa aku nak naik bus dari KL nak balik Seremban. Yang ramainye orang-orang tua dari Seremban yang kerja dekat KL je lah. Hoho.. Bayangkan kau seorang je budak dlm bus tu, dan yang lain tu semua dah tua-tua. Tapi takdela tua sangat. Hehe..
Aku tahu sekarang ni tengah musim cuti dan juga musim pekerja-pekerja part time aktif!! Haha.. Mesti ramai punya budak-budak lepas SPM dan budak-budak IPT yang nak cari kerja part time. Bagi si pencari kerja, pandai-pandailah cari kerja yang sesuai untuk korang. Pastikan korang tak menyesal bila dah kerja nanti. Huhu.. Sebab pengalaman paling buruk aku masa kerja part time, aku pernah kerja 3 hari je dekat kedai makan lepas tu aku cabut lari. Wakaka.. Aku tak tahan dengan situasi tempat tu. Itu salah, ini salah.. Lepas tu kawan aku yang kerja sama dengan aku dapat cuti. Bila aku dah takde partner, aku cabut lari terus. Hoho.. Sia-sia je gaji sikit pun tak dapat. Selang beberapa hari, kawan aku tu pun cabut jugak. Haha.. Ok, kalau sesiapa nak kerja part time jadi penulis artikel , boleh klik dekat sini -Gaji RM1700 sebulan-
P/S : Tapi kalau korang nak bekerja macam mamat Seremban ni, boleh usyar - Seminggu Seribu -

12 Responses