puff ayam

Puff ayam special ni bukan macam karipap biasa. Rupa bentuk dia memang sebijik nampak macam karipap kentang tu, tapi rasa karipap ni lain sikit. Ditambah pulak inti dia penuh dengan ayam je.

Kedai pakcik Hussen ni ada depan 7 Eleven Paroi Jaya je. Aku tak pasti nama pakcik yang tak berhenti bercakap nak beramah mesra dengan customer dia ni. Maybe Hussen sebab nama syarikat dia Hussen Food Industri.

frozen food

Memang semua ni dia dengan family dia buat rasanya. Dia pun ada buat frozen food jugak. Kalau sesiapa yang nak beli atau tempah makanan pakcik Hussen ni, tengok number phone dekat atas tu haaa..

Nak masak karipap ni pun tak lama, dalam masa 1-2 minit je. Kalau nak lagi seronok, korang dah masukkan dalam kuali lepas tu korang pergi ruang tamu cari adik lelaki atau anak sedara lelaki yang berdekatan.

Sekeh kepala diorang dalam 2 kali, lepas tu sekeh lagi 2 kali. Korang pergi dapur balik mesti dah masak dah karipap tu. Muahahaha! Try la beli ya! Tolong-menolong beli-membeli!