
Wohohoh! Pada hari Selasa minggu lepas, aku rasa aku di antara manusia di muka bumi Malaysia yang sangat bertuah dapat panggilan daripada pengelola program Maxis10! Aku telah dipilih menjadi salah seorang tukang review untuk smartphone terbaru daripada Maxis ciptaan HTC iaitu HTC Desire S!
Hatiku gembira tak terkata lebih gembira daripada dapat senyuman daripada seorang awek. Wakaka! Jadi masa hari Jumaat tu 6 daripada 10 orang yang dipilih menjadi ahli keluarga Maxis10 berjumpa di Menara Maxis mendapat penerangan secukupnya mengenai program dan smartphone ni.
9 lain yang bertuah —> Mr Namie, BroFrameStone , Anastasyea, Tian Chad, Luv Qiwen, Belia Muda, The Other Khairul, Ailyl Rozanna, My Tech Request

Aku memang sangat teruja semasa menerima beg Maxis dan kotak HTC ni. Tengok daripada kotak dia pun aku rasa HTC Desire S ni boleh menghappeningkan hidup seorang anak tunggal dan blogger bujang sepenuh masa ini. Hohoho! Aku berjanji akan review smartphone ini sebaik mungkin selama 2 minggu.
Kalau mantap akan ku katakan mantapnyaaa dan kalau ada yang kureng aku kena revealkan juaa. So stay tune dari hari ke hari untuk review pasal HTC Desire S ni ok. Semuanya lengkap dalam kotak comel tuuu, ada smartphone, ada usb cable yang juga jadi a part of the charger, ada 3 pin charger yang boleh ditukar ganti dengan pin2 lain.
Dilengkapi juga dengan earphone and earbud untuk kaki layan music masa nak tidur, dalam komuter yang lembab serta lrt yang sesak. Hehehe..

Segala warranty, manual dan terma-terma korang boleh baca dan simpan baik-baik.

Nampak menarik kan HTC Desire S ni? Thanks a lot Maxis kerana bagi peluang dekat aku. Buat masa ni aku memang asyik pegang jer smartphone seksi ni. Smartphone yang lama aku terpaksa ketepikan dulu kerana features dan kemudahan yang ada dalam HTC Desire S ni sangat-sangat mengujakan aku.
Nanti akan aku ceritakan satu persatu di hari yang mendatang. Sekarang aku sentiasa tersenyum sehingga ke kening! Muahaha!

Nampaknya semua orang mahukan smartphone ni!
HTC Desire S ni sangat ringan kerana ianya hanya seberat 130grams dan mempunyai processor (CPU) berkelajuan 1 GHz. Smartphone in berdiri di atas platform Android yang dilengkapi dengan HTC Sense! Aku akan ceritakan pasal HTC Sense ini nanti! Tunggu! Ianya memudahkan kita bila Desire S ni dicuri atau missplace.
Internal hone storage sebesar 1.1 GB memastikan segala storage tidak mengganggu kelajuan processornya. Korang boleh tambah micro SD 2.0 yang mempunyai storage lagi besar. HTC Desire S aku ni mempunyai storage sehingga 7.4GB .. Camera 5megapixel serta 720p HD video recording membuatkan aku meleleh untuk rakam aksi-aksi panas. Hihihihi!
Hampir semua jenis file untuk video dan gambar boleh dibaca oleh smartphone ni. Sebab buat masa ni segala yang aku masukkan dalam storage, semuanya takde masalah lagi. Keseksian HTC Desire S ni takkan lengkap selagi korang tak merasai kebolehan kelajuan 3G, wifi dan GPS nyaa! Walaupun korang takde connection, korang masih boleh guna smartphone ni asa GPS untuk korang ke mana-mana.
Baca spesifikasi yang lengkap di sini.
24 Responses