Woohoooo!! Akhrinya setelah 61 tahun akhirnya Negeri Sembilan dapat jugak jadi champion Piala Malaysia. Fuhh! Lama sangat tuh, sejak aku tak lahir lagi memang dah lama tak menang. Ibu aku pun tak lahir lagi dow. Nasib baik Piala Malaysia tu tak berkarat, kalau tak buat apa nak berebut-rebut piala tu. Muahaha! Aku pernah rasa 3 kali Negeri Sembilan masuk Piala Malaysia dan setiap kali tu sudah semestinya aku dan budak-budak Hobin Jang Hobin yang lain berharap sangat Negeri Sembilan akan menang. Akhrinya final Piala Malaysia kali ketiga ni Skuad Si Rusa menang jugak. Ariiiiibbaaaaaaa!!! Puas hati gilo den haaaaa!!!!

Malam tu plak memang mula-mula agak goyang dengan supporter Kelantan. Mane tak nya, diorang datang tak agak2 ramainya. Macam diorang dah memang tinggal dekat Bukit Jalil tu dah. Ahahaha! Memang aku dah bajet stadium akan dipenuhi olehorang-orang Kelantan. Jadi jelasnya malam tu 25% daripada orang dalam stadium tu adalah orang Negeri Sembilan dan selebihnya 75% orang Kelantan. Perggghhh! Ramai dow!!! Kelantan punya seat memang pack gila kot. Aku dengar cerita ada yang tak masuk pakai tiket pun sebab diorang rempuh pagar nak masuk stadium Bukit Jalil tu. Cibai tol.. Ada yang dapat tiket free, pastu masuk tak guna tiket, diorang pergi jual tiket daripada dalam pagar stadium. Siot tol, bapak punya terbaik la. Hoho!

Alhamdulillah Negeri Sembilan menang dengan sangat berjaya dan hensem sangat malam tu. Hahaha.. Berjaya buat penyokong Kelantan marah gila,bengang gila sampai baling mercun dan guli dekat orang ramai termasuk penyokong sendiri. Hua3.. Ape nak jadi tak tahu la kan diorang tu. Banner yang disponsor untuk Kelantan pun diorang pergi bakar termasuk dengan kerusi stadium tu. Mak aihhhhh memang dah gilo diorang tu. Memalukan ketua negeri diorang je la. Nik Aziz pun sudah tentunya sedih dengan perangai tu walaupun semangat hidup orang Kelantan diorang kuat tapi agak2 la kan. BIARLAH BERTEMPAT!!!!!

First goal Negeri Sembilan memang superb! Shahurain rembat bola laju gilo sampai Halim Napi yang dah tua tu tak boleh gapai nak tepis. Hua3! Defender team Kelantan memang AYAM TANDOORI! Huhuhuhu! Memang layan dengar Hasbullah Awang komen gol tu. Hohhh!! Cantekk!! Hahaha.. Baik punya tone. Korang try tengok video kat atas tu sampai habis. Second goal pun cantik, pun sebab KEAYAMAN TANDOORI defender Kelantan. Diorang tak mark gila2 Hairuddin Omar yang just have to tanduk bola chip daripada Zaquan Adha. Kuang3!! Ayam3!!!

Gol ketiga Negeri Sembilan , Zaquan Adha yang golkan lepas dapat penalti. Defender Kelantan yang AYAM TANDOORI tarik baju Shahurain dekat dalam kotak penalti. Lepas gol tu patutnya Negeri Sembilan dapat lagi satu penalti tapi refree tak bagi. Jelas2 memang patut sangat penalti, defender Kelantan AYAM TANDOORI sepak kaki Zaquan Adha masa tengah bawak bola dari belakang. Cibai tol.. Ingat main rugby ke. Maybe sebab Negeri Sembilan baru lepas dapat penalti, dia takut la nak bagi lagi sekali. Patutnya Negeri sembilan memang banyak sangat gol malam tu. Cuma Zaquan Adha tak larat dah nak gelecek defender Kelantan AYAM TANDOORI. Tapi apa2 pun gol Indra Putra memang lawa dan terbaik gilo walaupun game dah nak habis. Hua3!!

P/S : Lepas ni artikel kutuk penyokong Kelantan yang menggelabah. Sila tengok video kat bawah sekali.

PENYOKONG BOLA KELANTAN BALIK MELOPONG