Hebat kalau ada budak-budak medic Melayu yang boleh buat pil untuk kuruskan badan secara mendadak dalam 24jam. Haha! Sudah pasti hot sales! Berat susah sangat nak turun membuatkan aku mengharap dekat diorang untuk membuat ubat-ubat macam tu. Cuba berdaya saing dengan Herba Prima. Hohoho..

Gambar ni aku ambik semalam sebelum pergi jog dengan Mario sejauh 4km kot. Hahaha.. Tak tau la berapa jauh tapi ikut perkiraan kitorang berdua memang lagi jauh patutnya. Tu kitorang genapkan je kepada 4km. Aku bajet ada la perubahan lepas jog tu kan, tapi harapan ku punah. Haha.. Macam nak kena beli susu dengan budak-budak angkat besi lepas nih. Nantikan pembelian dari ku wahai rakan.

Belek-belek balik gambar dekat Facebook, jumpa jugak gambar lama masa dekat sekolah menengah dulu. Memang ternyata jauh sangat beza. Muahaha! Ahhh! Tapi kebanyakan dalam gambar bawah ni semuanya dah besar-besar jugak sekarang. Hari ni aku tidak berkesempatan untuk ke Istana Budaya sempena pre-pelancaran filem Nabil, Lu Pikirlah Sendiri walaupun dah dijemput orang kuat filem tu. Kalau dapat lepak malam ni mesti boleh lepak sekali dengan blogger-blogger lain yang dijemput. Good luck bro!

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!