
Tolong jangan hina dan gelak pemandu istimewa, buruk padahnya. Termasuklah aku dan lain-lain. Hehehee.. Aku juga pemandu istimewa yang tak biasa pakai kasut time drive. Oleh kerana lapisan epidermis tapak kaki sangat tebal, aku tak boleh feel kalau pakai kasut.
Jadi dengan bijaknya, aku akan bukak kasut setiap kali aku nak drive. Tak tahu la sampai bila nak macam ni. Kalaulah nanti nak bawak client ronda-ronda, elok-elok pakai kasut kulit tiba-tiba nak kena bukak plak kan. Susah jugak tu. Takkan nak pakai selipar jumpa orang korporat.
Aku rasa aku tak perlu amik lesen kereta buat kali kedua sebab masalah ni. Walaupun masa ceramah yang membosankan tu ada cakap memag rules pakai kasut, kalau tak pakai kena saman. Tak dapek nak cayooo doooo pakcik! Tapi aku harap-harap aku takkan berkaki ayam selamanya.
Mana-mana yang handa bona bawak keto tu, meh la bagi den skit tips haaa :p
28 Responses