Mari kita sama-sama menyelamat, membantu dan menderma dengan hanya satu klik pada mouse dan tetikus kesayangan anda. Jika korang takde mouse atau tetikus, korang boleh menggunakan touchpad laptop korang. Hehe.. Tiada alasan bagimu.. This is for those who love to save. Projek sumbangan ikhlas ini adalah hasil kerjasama Digi, Nuffnang dan beberapa persatuan yang akan menerima sedikit bantuan daripada korang semua! Korang kedekut? Takpe jangan risau sebab duit korang tak akan keluar daripada dompet kepam korang tu. Hehehehe.. Korang hanya perlu klik dan ikut langkah-langkah tertentu, dan korang akan berjaya menyumbang sejumlah wang seperti RM5 kepada beberapa persatuan yang memerlukan. Mudah kan? Hanya perlu klik sahaja..

Masuk ke halaman ini , Love To Save . Kemudian klik pada “Save Now“. Selepas itu korang kena pilih persatuan mana yang korang nak tolong. Macam aku, aku pilih persatuan daripada kategori “Health” iaitu “MAKNA“. Sejurus itu, korang kena pilih macam mana korang nak menolong kempen nie. Aku pilih “Vote as an individual” . Jadi aku akan berjaya membuat transaksi derma sebanyak RM5 kepada persatuan “MAKNA” dengan menggunakan duit daripada syarikat Digi. Kemudian korang kena masukkan email korang untuk pengesahan derma ini. Buka email korang selepas itu, dan klik link pada email tersebut untuk pengesahan. Tahniah! Korang dah pun buat baik dengan membantu kempen ini. Moga tuhan balas jasa korang. Amiiin.

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!