
Tahniah aku ucapkan kepada Hairi yang berjaya menang program realiti TV dan pencarian bakat Anak Wayang edisi pertama. Dia yang merupakan juara Anak Wayang dapat hadiah banyak gila! Hairi dapat bawak kereta Honda Jazz yang bernilai RM109,800. Selain tu, dia jugak dapat berlakon 60 episod mana-mana drama yang ada dalam Astro, tidak termassuk HBO, StarMovie dan Cinemax.. Muahaha! Dua tiket kapal terbang untuk dia melancong dengan awek ke Los Angeles turut diberi.
Hafiz pula merupakan pencabar terdekat si Hairi yang hanya memperoleh 42% undian berbanding Hairi , 58%. Agak jauh jugakla beza undian tu. Hafiz memenangi TV LCS 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 dan trofi sumbangan Astro. Tahniah aku ucapkan kepada dua-dua orang ni sebab berjaya sampai ke tahap yang aku takkan sampai. Ahah! Diharapkan lepas ni diorang berlakon betul-betul dan tumpukan pada bakat. Jangan hanya tertumpu pada nafsu dan populariti saja.
Pandangan aku terhadap Anak Wayang edisi pertama ni, tidak berapa efisyen. Sebab banyak jugak babak yang menunjukkan peserta Anak Wayang tidak terlalu serius untuk bersaing. Ada yang buat sambil lewa saja. Kadang-kadang tengok cerita Anak Wayang pun pressure aku dibuatnya. Kalau boleh lepas ni tambahkan lagi peserta perempuan. Muahaha!
10 Responses