Selepas digembar-gembur SSM mengenai skim haram buat duit dengan wang pos berantai, akhirnya syarikat Grand Merger Network adalah syarikat yang paling bertuah sekali. Syarikat diorang ni adalah syarikat pertama yang diserbu oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ada kaitan dengan skim haram wang pos.

Mungkin diorang diserbu ala-ala gaya suprise party. Hahaha! Kalau kena serbu macam kantoi skodeng asrama puteri or hisap rokok dalam toilet asrama lagi sadis. Aku dah lama dengar mengenai wang pos, tapi selama ni aku tengok ok je yang buat duit dengan wang pos. Agak peli kenapa SSM nak buru orang buat duit wang pos.

Rupanya selepas diteliti, SSM hanya akan serbu syarikat yang menjalankan kegiatan wang pos haram. So perniagaan wang pos secara halal selamat ok! Buat duit wang pos yang haram ni adalah macam surat berantai tu. Korang pergi sedekah duit kau RM20 dekat 5 orang ni, pastu nanti esok berduyun-duyun orang yang akan sedekah kat korang. Memang mudah! Hahaha!

Mudah tapi haram la kan. Kalau korang nak buat duit wang pos secara halal tu memang ada. Tapi korang kena ada produk sendirilah kan. Kalau diorang nak beli product tu, korang mintak diorang kirimkan duit wang pos ke alamat rumah korang. Lepas tu nanti korang kirimkanlah product tu pulak. Settle! Kalau korang pernah dengar FLB Pro, aku rasa tu antara panduan yang terbaik.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Mixx
  • del.icio.us
  • BarraPunto
  • Reddit
  • Digg
  • BlinkList
  • Technorati