
Baru-baru ini aku diperingatkan oleh kawan aku, Kimpit. Dia juga merupakan seorang Adsense Player seperti aku juga. Aku pulak tak aware sangat pasal polisi baru Google Adsense ni. Ada ternampak notice dalam akaun adsense aku tapi aku macam nak tak nak je klik so aku abaikan. Hehe.. Kimpit bagitau aku yang Google ada keluarkan polisi baru untuk Adsense dimana polisi akan berkuatkuasa serta merta pada 8 April depan.
Apa yang berubah?
Iklan adsense yang ada dekat blog korang tidak akan relate dengan artikel. Google cuba untuk mementingkan minat pengguna mereka. Katakanlah sebelum ini, Minachi telah search info mengenai forex di Google. Dia pun masuk dekat blog pasal forex. Kemudian dia telah memasuki blog korang yang ada iklan google adsense. Blog korang pula cerita mengenai buah-buahan. Tetapi iklan google adsense yang akan muncul dekat blog korang adalah mengenai forex kerana pada sebelum ini browser korang telah menyimpan cookies pasal blog sebelum ini yang Minachi lawati. Begitulah al-kisahnya. tetapi ada beberapa keburukan yang akan berlaku jika Google meneruskan polisi tersebut. Ramai peminat porno akan terkantoi dengan senangya jika laman web yang terakhir mereka masuki adalah mengenai porno. Apabila ahli keluarga mereka ingin menggunakan internet dan telah masuk ke dalam blog yang mempunyai iklan google adsense, maka iklan porno akan terkeluar. Hahahahaha! Berwaspadalah!
Korang boleh baca dari blog Kak G untuk info yang lebih lanjut . Klik Sini


13 Responses