Owh! Gembiranya tak terkata apabila aku bangun pagi bukak laptop, on kan plague, cucuk modem Celcom Boradband, get connected dan usyar blog sendiri. Hohoho.. Alangkah gembiranya hatiku ini apabila aku menyedari bahawa blog aku ini dah disenaraikan sebaga blog yang mempunyai PR2! Hehehe.. Dah lama aku mengidamkan PR ni. Selama ni punyalah aku menunggu-nunggu untuk mendapatkan sebarang PR, paling cikai pun PR1 lah dan aku dah berhajat untuk 2009 aku akan dapat PR untuk blog aku ni. Tengoktengok hari nie jugak aku dah dapat PR. PR ni bukan penolong peribadi aku tau, PR ni PageRank! Sekiranya blog korang ada PR, peluang blog korang untuk muncul di mana-mana enjin carian lebih lagi pakcik Google akan menjadi lebih cerah lagi. Kalau blog korang mempunyai Alexa ranking yang tinggi juga, itu dah menjadi satu pakej untuk blog korang. Hohoho.. Sudah semestinya aku akan bermain-main dengan keyword yang penting lepas ni. Aku nak menjadikan blog aku lebih spesifik lagi dengan keyword yang tertentu. Bagi mana-mana blogger yang tak menggunakan toolbar PR Checker, korang boleh usyar PR blog korang di sini. Mudah saja, hanya perlu type url blog korang dan enter. Sekali lagi -> Klik Sini
Bagi sesiapa yang sudah lama blogging tapi masih tidak mempunyai sebarang PR, mungkin korang pernah melakukan sesuatu yang melanggar peraturan pakcik Google. Ya, aku tak nafikan aku pun begitu juga dulu. Lepas tu aku jumpa satu tips daripada seorang blogger yang boleh tahan hebatnya. Dia merupakn Seorang Lengchai. Hehe.. Tak tahu aku mengejanya dengan betul atau tidak dan ini adalh blog beliau, Myblog2day. Korang mungkin akan mendapat banyak tips bagaimana untuk menjana pendapatan dengan blog sahaja. Aku tengok hasil dia memang boleh tahan. Aku terjumpa cara bagaimana Kaa Hoong Chai pemilik blog tersebut mendapat kembali PR blog beliau selepas dikenakan penalti oleh Google. Bagi yang tak pernah mempunyai PR aku galakkan korang ikut tips ini sebab aku pun dah ikut tips ni. Memang menjadi tak sampai seminggu pun! Hebat kan? Oklah, korang boleh usyar tips tersebut -> Klik Sini

P/S : Boleh join program yang memerlukan PR..hehe




22 Responses