
Oh! Tidak ipah, kenapa ipah curang dengan i. Sampai hati ipah buat Richie macam ni. Hihihih.. Takpelah Gavin, kau couple la dengan Sharifah Amani ni. Maybe sudah suratan takdir yang aku tak mampu lagi jadi teman lelaki Sharifah Amani. Gavin Stenhouse memang sangat bertuah sebab berjaya menawan hati Sharifah Amani. Mungkin sebelum ini ada jugak orang berkata-kata di warung Jalan Bangsar bahawa Sharifah Amani ni jatuh hati dengan Que Haidar satu ketika dulu. Tetapi lepas Que Haidar kantoi dan kahwin dengan Linda Jasmine maka semakin senyap sunyi lah warung Jalan Bangsar tu dengan nama Sharifah Amani. Ahah!
Sharifah Amani telah jatuh cinta dengan Gavin yang berbangsa Scotland campur sikit dengan Wales. Dia cakap yang Gavin ni peramah, baik, sopan santun dan sudi belajar adat orang Malaysia ni. Gavin pun sebenarnya berlakon, dia dapat watak Putera Roman dalam filem keluaran KRU. Bulan ni dah berapa kali kau puasa Gavin? Ahaha.. Menurut sumber, Gavin dah pun menempah baju Melayu untuk menyambut Syawal mendatang. Harap-harap nanti jadi muallaf lah kau ya Gavin. Amiiinn..

8 Responses