Akhirnya pasangan bahagia ini diijabkabulkan juga pada 14 Februari 2009 yang jatuh pada tarikh yang sama aku menghentikan penjualan ebook aku iaitu Panduan FBA. Hehehe.. Perkahwinan diorang diadakan di Bora Ombak yang berdekatan dengan Sport Planet Ampang. Aku ingatkan nak pergi tengok diorang kahwin, tetapi disebabkan aku duduk jauh dari situ aku tidak dapat menghadirkan diri aku. Muahaha! Jadi pada hari tersebut, Que Haidar dan Linda Jasmine sudah sah sebagai suami isteri. Maknanya diorang boleh berpeluk sakan dimana-mana tanpa menyorok daripada pihak wartawan yang sentiasa dahagakan berita-berita panas dan sensasi terutamanya wartawan hiburan. Perkahwinan tersebut bertemakan ala Bali. Tak bermaksud diorang sengkek nak berkahwin kat Bali. Hehehe.. Jadi jangan terkejut kalau ada yang berpakaian seperti orang Bali dalam gambar-gambar yang akan korang tengok nanti ya. Jom layan gambar dan galeri khas untuk Perkahwinan Que Haidar dan Linda Jasmine.

~ Klik Bawah Ni ~

Galeri Gambar Perkahwinan Que Haidar Dan Linda Jasmin

Related Posts with Thumbnails