Jika korang semua ada email, bagaimana prestasi akaun email korang? Hahaha.. Akaun email pun ada prestasi ye tak. Bagi aku ada. Walaupun  sekarang ni semakin banyak company yang memberi perkhidmatan akaun email percuma ni tapi tak semuanya bagus. Sebab sebenarnya diorang memang buat untung besar walaupun kita register percuma saja.

Walaupun percuma, company tu kena jugak jaga kepentingan pengguna dan diorang kena sediakan banyak features yang berguna dan memudahkan kita sebagai pengguna. Aku ada 3 akaun email. Gmail, Hotmail dan Ymail. Tapi yang paling aku kerap guna hanyalah Gmail dan Hotmail.

Yang paling bagus dan kerap aku guna mestilah Gmail untuk Facebook dan urusan-urusan penting. Kedua Hotmail sebagai email untuk subscribe info-info penting. Ymail paling jarang bukak kecualilah untuk ber Yahoo Messenger. Gmail ni paling ringan dan sangat memudahkan pengguna untuk sebarang update. Tak banyak iklan jugak kecuali iklan Google. Tak perlu refresh page pun email boleh masuk dekat inbox. Cubalah korang bertukar ke Gmail!

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!