
Malam tadi merupakan antara malam yang paling best bagi peminat bola sepak Malaysia selepas Malaysia membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF.
Aku tak tengok dekat Stadium Bukit Jalil sebab taknak terlepas replay goal atau cubaan menarik antara kedua-dua pasukan. Takut dengan ribuan penyokong Indonesia ada jugak. Hohohoh!
Jadi aku cuma tengok dekat Dataran Senawang je, ramai jugaklah yang menemani di meja-meja lain. Miahaha! Pada awal perlawanan ada perasaan was-was untuk Malaysia menang walaupun banyak serangan.

Selepas 59 minit menunggu, akhirnya gol pertama Malaysia muncul dijaringkan oleh Safee Sali dan seterusnya Mohd Ashari Samsudin minit ke-67 dan akhir sekali Safee Sali sekali lagi menjaringkan gol dengan tandukan deras pada minit ke-71.
Semua orang yang tengah minum kat Harry Potter Tomyam menjerit bai. Daripada kecik sampailah ke besar. Siap ada pakcik pakai kain pelikat naik motor Honda pulas minyak sampai habis pastu tekan hon motor. Wakaka! Adoiyai!
Memang puas hati semua rakyat Malaysia malam tadi aku rasa, yang tak puas hatinya pekerja Indonesia yang bekerja sebagai waiter dekat kedai sebelah. Muahaha! Tapi pasukan Malaysia perlu hadapi satu lagi perlawanan di stadium berhantu Indonesia.
Harap-harap pasukan Malaysia dapat kekalkan momentum dan corak permainan malam tadi. Mesti menang jugak dekat sana! Taknak seri boleh tak!!!!! Malaysia boleh!!! K.Rajagopal dah dapat gelaran Datuk lom? Hohohoh!
17 Responses