Harini aku nak tahu sikit tabiat korang membeli sesuatu yang kau idam-idamkan dan dalam kes ini aku menggunakan external hard disk 250GB sebagai objek. Hehe.. Di sini ada satu kisah dalam membeli external hard disk 250GB. Fasha Sandha (bukan nama sebenar) ingin membeli sebuah external hard disk 250GB selepas dia dapati ruang HD di dalam laptopnya semakin penuh. Tambahan lagi, dia ingin menyimpan segala koleksi movie video kegemarannya yang dia nak ambil daripada Memey Suhaiza (bukan nama sebenar) dan macam-macam lagi yang nak disimpannya dalam external hard disk 250GB itu nanti.

Jadi dia telah melakukan beberapa survey dan terdapat dua kedai yang menjual iaitu Kedai Ah Fook di Ampang Point dan Kedai PC Norman di Low Yatt. Rumah Fasha Sandha berada di sekitar Ampang Point sahaja, hanya 3km saja daripada rumahnya. Namun dia dapati harga external HD 250GB di Kedai PC Norman lebih rendah harganya berbanding di Kedai Ah Fook. Di Kedai PC Norman harganya RM120 dan di Kedai Ah Fook berharga RM170. Fasha Sandha telah terpegun dengan angka tersebut lalu dia terus menaiki keretanya untuk pergi ke Low Yatt.

Semasa dalam perjalanan, dia telah mengalami kesesakan lalu lintas dan hisap beberapa batang rokok sambil menunggu kereta di hadapan bergerak secara perlahan-lahan. Dek kerana terlalu lama, dia Fasha Sandha bertindak untuk mengikut laluan lain dan terpaksa melalui 2 buah tol. Minyak kereta pun diisinya setengah tank kerana kesesakan lalu lintas tadi. Sejurus itu, dia telah membeli sehidangan McDonald untuk santapan akibat daripada lapar menunggu terlalu lama ketika kesesakan lalu lintas juga. Setelah selesai semuanya, Fasha Sandha terus ke Low Yatt dan membeli external hard disk 250GB murah itu. Kemudian dia balik semula ke rumah, namun dia mengalami masalah yang sama seperti ketika dia hendak ke Low Yatt. Jadi aku ada dua soalan di sini.

Masih murahkah external HD 250GB yang dia beli tu?

Berbaloikah dia beli?

Korang pulak macam mana? Nak beli yang mana?