
Credits: KLpos
Melalui pandangan mata kasar aku sebagai manusia yang normal, aku mendapati Proton Exora ni boleh tahanlah cantiknya. Aku pun tak tahu nak kata apa pasal rupa bentuk Proton Exora ni. Tapi sekilas pandang ada nampak macam kereta Honda pun ada. Hohoho.. Maafkan aku kalau tersilap kata sebab aku bukan mamat yang kaki kereta pun. Percayalah! Aku baru tahu tahun ni skirting tu apa. Wakaka! Nampak sangat betapa dayusnya aku terhadap ilmu-ilmu kereta ni. Apa-apa pun syabas dan tahniah aku ucapkan pada Proton di atas kejayaan MPV pertama mereka. Kan2? Aku tak silap kan kali ni? Hohoho..

Credit: Paul Tan
Gambar di atas merupakan gambar pemenang pertandingan anjuran Proton dalam mencari nama yang paling sesuai untuk MPV pertama mereka tersebut. Jadi sudah termaktub bahawa akak manis berseri dekat tengah-tengah tu merupakan pemenang pertandingan tersebut. Dia berjaya memenangi kereta yang beliau namakan sendiri. Perghhh! Mesti bangga gila sebab sampai anak cucu dia nanti dapat nama kot. Wahaha! Aku ada baca dalam paper yang dia saja namakan Exora sebab teringat dengan bunga Ixora. Bukan Taman Ixora dekat Senawang tu ok. Yang paling best sekali, dia masuk pertandingan ni pun atas desakan suaminya. Hahaha.. Ternyata paksaan itu berhasil. Terima kasih kepada suami akak ni. Mesti tak berhenti-henti cakap pasal paksaan dia membawa tuah. Oklah, jom usyar-usyar gambar Proton Exora.





P/S: Harga Proton Exora bawah daripada RM80,000.. Nak order upfront RM1,000.


20 Responses