diesel

Korang dapat rasa tak yang sekarang ni makin lama makin panas. Aku ingatkan dekat Seremban atau beberapa tempat lain je yang panas, tapi boleh kata semua tempat lah. Ni lepas aku tengok ramai orang Malaysia yang merintih dekat Twitter sebab panas.

Kadang-kadang bila waktu malam pun terasa panas dia jugak. Bukannya ada cahaya matahari sangat pun, malam mana nak datang matahari kan. Tapi bahang panas tu terasa jugaklah, basahlah ketiak ni jugak. Hohoho..

Haritu, masa lepak minum cendol dekat Kedai Cendol Haji Shariff pun terasa bahang panas tu sampai membakar kaki aku yang pakai selipar je.  Kalau boleh rasa nak sentiasa bawak botol mineral simbah air dekat kaki sambil jalan. Aku tengok pokok pun ada satu je yang menyumbang penyerapan cahaya matahari dengan baik.

Aku rasa Malaysia ni dah kena banyakkan lagi aktiviti menanam pokok lah. Tak kira lah dalam bandar ke luar bandar. Aku dah tak boleh tahan dah panas dalam bandar Seremban. Ni baru bandar Seremban! Kerajaan kena banyakkan kempen dan pertandingan tanam pokok. Hehehe..

Jangan nak fikirkan pembangunan je. Bangunan kedai-kedai makin lama makin banyak tapi teknologi takdelah banyak berkembang pun dekat Malaysia ni. Apa kata fokuskan sikit dekat teknologi dulu lepas tu baru tambah bangunan-bangunan. Teknologi alam sekitar pun nak kena improve lagi. Aku dah tak tahan dah weh!

Related Posts with Thumbnails