Berita mengenai kejatuhan kerajaan PAS di Perak telah tersebar luas. Aku je yang lembab nak buat post pasal isu hangat ni. Al maklumlah sibuk dengan urusan ebook Panduan FBA aku yang aku akan tamatkan jualannya 14 Februari ini bagi mengelak market menjadi tepu. Ikhlas, teknik ni superb! Boleh dapatkan sekarang bagi yang belum ada Panduan FBA lagi. Berbalik pada kerajaan PAS di Perak tadi, aku harap mereka semua dapat menerima kenyataan bahawa mereka tidak lagi berkuasa dekat sana. Ramai ahli pembangkang yang tidak puas hati sebab isu lompat-lompat parti ni dan lagi satu mereka mendakwa BN telah menghasut pemimpin mereka untuk keluar dari parti pembangkang. Aku pelik gila kenapa mereka nak marah sangat, padahal sebelum ni diorang yang beriya-iya nak buat kerajaan baru. Lagi dasyat lagi, Yang Berhormat Anwar Ibrahim TERANG-TERANGAN hendak menarik pemimpin BN untuk keluar daripada parti untuk kerajaan baru mereka. Tapi sekarang bila BN buat macam tu pulak, diorang kecoh gila babeng. Kenapa? Mengapa? Sebelum ni diorang buat boleh pulak. Siapa yang mula dulu tu tak penting, apa yang pasti diorang sendiri buat macam tu. Yang paling best, Karpal Singh yang ada ilmu tinggi pasal undang-undang, kehakiman dan sewaktu dengannya berniat nak menyaman Sultan Perak. Perghhh! Power rangers betul! (Ayat Labanon).. Lagi satu, yang bijak pandai Karpal Singh menyalahkan Anwar Ibrahim dan meminta dia berhenti dari menjadi pemimpin Parti Keadilan Rakyat. Aik!! Dulu bukan main suka dengan YB Anwar Ibrahim, sekarang lain punya cerita. Sudah tukar ka?

Related Posts with Thumbnails